[VIDEO] Mula jalani rawatan fisio, Syura kongsi keadaan suami berbalut muka dan lengan akibat terkena letupan gas


  • Hiburan
  • Rabu, 27 Nov 2024

Syura Badron berkongsi keadaan terkini suaminya yang melecur teruk akibat letupan gas baru-baru ini.

PENYANYI, Syura Badron, 38, berkongsi berita duka apabila suaminya melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat terkena letupan gas memasak di kediamannya dekat Perlis pada Sabtu.

Kejadian itu mengakibatkan suaminya, Farizat, 30, terpaksa menerima rawatan di hospital ekoran tragedi yang melanda.

Terbaharu, pelantun lagu Bakawali itu memuat naik perkembangan terkini suaminya di laman Instagram yang difahamkan sudah pun mula menjalani rawatan fisio.

BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor

BACA LAGI: ‘Penyanyi sekarang banyak auto tune’, Bandi Amuk kecewa industri tiada kualiti, stesen radio kerap putar lagu asing

"Tetaplah kuat suamiku supaya aku juga terus kuat dengan ujian ini.

"Kita diuji kerana ALLAH tahu kita mampu hadapinya, percayalah akan ada pelangi untuk kita nanti," katanya.

Syura turut meluahkan rasa beryukur kerana suaminya masih mampu bertahan menghadapi ujian tersebut.

"Dalam menahan sakit, awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.

"Terima kasih sebab bertahan dan semoga ALLAH angkat sakit yang awak rasa serta berikan kesembuhan secepatnya serta semoga ia juga jadi asbab pahala besar untuk awak," ujarnya.

6212768308353154968

Suami Syura berbalut di bahagian muka dan lengan akibat letupan gas baru-baru ini. — InstaStory/Syura

Sebelum ini, Syura pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006, namun berpisah pada Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.

Perkahwinan Syura dan Farizat pada 22 Januari 2022 kemudiannya dikurniakan eorang cahaya mata lelaki, Muhammad Umar Eussof yang kini berusia setahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram