Salji terburuk dalam sejarah 52 tahun, Ryzal Ibrahim, Aiman Tino antara artis terkandas di Korea Selatan


  • Hiburan
  • Khamis, 28 Nov 2024

Aiman Tino merupakan salah seorang artis tempatan yang terkandas di Korea Selatan akibat cuaca salji tebal melanda negara itu.

CUACA sejuk dan salji tebal yang melanda Korea Selatan sejak Rabu telah mengorbankan tiga individu di daerah Seoul.

Difahamkan, ia merupakan hujan salji terburuk pernah berlaku dalam tempoh 52 tahun dengan 156 penerbangan dan 104 perkhidmatan feri terbatal akibat bencana tersebut.

Menurut laporan Agensi, pihak berkuasa Korea Selatan turut melaporkan 131 gangguan elektrik di beberapa daerah Seoul dan setakat Rabu, 46 daripadanya berjaya dipulihkan.

BACA LAGI: Kekal relevan, persembahan G-Dragon beri mesej pedas, berbaur balas dendam terhadap industri K-Pop lepas 7 tahun menyepi

BACA LAGI: Tidak dikurniakan cahaya mata, Michelle Yeoh rasa diri gagal walau cemerlang di Hollywood

Turut terkesan dengan situasi itu, dua artis tanah air iaitu Aiman Tino dan Ryzal Ibrahim difahamkan antara yang rakyat tempatan yang terkandas di negara berkenaan.

Aiman Tino menerusi hantaran InstaStory pada Khamis menjelaskan terpaksa menunda perjalanan pulang ke Malaysia ekoran pembatalan penerbangan di saat-saat akhir.

aiman

Hantaran InstaStory Aiman Tino yang difahamkan terkandas di Korea Selatan pada Khamis.

"Sepatutnya hari ini kami balik, nak jadikan cerita kami dah masuk kapal terbang dari pukul 11 pagi tadi tapi tiba-tiba ditangguhkan.

"Kami tersangkut dalam kapal terbang lapan jam dan diberitahu cuaca di Seoul agak teruk, esok pun belum tentu kami boleh balik.

"Kami salah satu flight yang dibatalkan, doakan kami dapat balik," katanya.

Dalam pada itu, pempengaruh dan selebriti popular, Ryzal Ibrahim yang pulang ke kampung isterinya di Seoul turut terkesan dengan cuaca tersebut.

Jelasnya, dia dan isterinya terpaksa berkurung dalam rumah ekoran cuaca terlampau buruk dan kesemua pengangkutan awam tergendala.

Beberapa insiden kemalangan dilaporkan turut berlaku dan laluan ditutup akibat salji tebal melitupi jalan raya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram