POLIS menahan seorang pelawak tempatan yang didakwa merogol gadis berusia 20an di Johor Bahru, Johor pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penangkapan tersebut dengan suspek yang berusia lingkungan 40an itu juga dipercayai bekas peserta rancangan realiti komedi tempatan.
BACA LAGI: Tidak dikurniakan cahaya mata, Michelle Yeoh rasa diri gagal walau cemerlang di Hollywood
“Suspek, 40-an, telah ditahan reman selama lima hari sehingga 2 Disember ini bagi membantu siasatan,” katanya.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar membenarkan perintah reman terhadap suspek. — The Star/YEE XIANG YUN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram