Tidak dikurniakan cahaya mata, Michelle Yeoh rasa diri gagal walau cemerlang di Hollywood


  • Hiburan
  • Selasa, 19 Nov 2024

Michelle Yeoh merupakan pelakon kelahran Malaysia yang mencipta nama di pentas Hollywood.

AKTRES Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 62, meluahkan rasa sedih kerana masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jelasnya, meskipun karier lakonannya cemerlang dan masyur di pentas Hollywood, Michelle walau bagaimanapun menganggap ia sebagai satu kegagalan terbesar dalam hidupnya.

Bekas pemenang anugerah Oscar itu turut mendedahkan telah menjalani ujian rawatan kesuburan IVF namun masih gagal mendapatkan anak.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Belakang Tabir lagu balada terbaik tahun ini', Anuar Zain kecewa Syamel tak masuk final AJL39

BACA LAGI: Tak 'koyak' dikecam rakyat Indonesia, pelukis batik Venom bakal tembus kaca TV menerusi animasi Kisah Bawah Tanah

"Saya rasa saat paling teruk untuk dilalui ialah setiap bulan terasa seperti kegagalan.

"Sampai satu ketika saya rasa perlu berhenti menyalahkan diri sendiri dan biarkan ia berlalu. ada perkara tertentu yang tak jadi seperti dimahukan," katanya.

Jelas pelakon yang bakal muncul menerusi filem Wicked itu, ada kalanya dia terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya tidak boleh memiliki anak.

eee

Michelle bakal muncul menerusi filem terbaharu iaitu Wicked tidak lama lagi.

"Jujurnya, kadang-kadang saya masih memikirkan hal anak.

"Saya berusia 62 tahun dan masih belum ada anak tetapi baru sahaj dikurniakan cucu.

"Walau bagaimanapun saya masih rasa sangat bersyukur dan diberkati kerana mempunyai cucu walaupun belum ada anak sendiri," katanya.

Terdahulu, Michelle mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Jean Todt selepas 19 tahun mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

Pada Januari lalu, Michelle berkongsi berita gembira apabila dikurniakan cucu hasil perkahwinan anak tirinya dan menantu menerusi hantaran di laman Instagram. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram