[VIDEO] Pernah berkongsi pentas lawak, Ebby Yus terima kunjungan bekas ratu cantik Jepun


  • Hiburan
  • Selasa, 12 Nov 2024

Pelawak Ebby Yus menerima kunjungan ziarah daripada pelakon dan bekas ratu cantik Jepun, Yuumi Kato di kediamannya baru-baru ini.

TAHAP kesihatan pelakon dan pelawak veteran Ebby Yus, 59, difahamkan semakin merosot dan kini terpaksa berehat panjang daripada dunia hiburan tanah air atas nasihat doktor.

Mengalami masalah kegagalan buah pinggang, anak kelahiran Negeri Sembilan itu baru selesai menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Oktober lalu.

Merupakan antara individu berpengaruh dalam industri tempatan, perkembangan kesihatannya meraih perhatian ramai bukan sahaja dalam kalangan rakan artis, malah peminat yang sentiasa mendoakan terbaik buatnya.

BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor

BACA LAGI: ‘Penyanyi sekarang banyak auto tune’, Bandi Amuk kecewa industri tiada kualiti, stesen radio kerap putar lagu asing

Y

Keadaan kesihatan Ebby Yus kini difahamkan semakin merosot.

Terbaharu, Ebby menerima kunjungan seorang pelakon yang juga penyandang gelaran Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato di kediamannya pada Isnin.

Pernah membuat kemunculan sebagai pelakon undangan dalam drama komedi Jenaka Kampung Kalut (JKK) pada 2017, Yuumi yang terkenal dengan watak Mikan itu diminati ramai kerana fasih bertutur Bahasa Malaysia.

Pengalamannya menetap di Malaysia selama lebih 11 tahun membuatkan model terkemuka Jepun itu mudah membiasakan diri dengan persekitaran dan budaya tempatan.

Turut menemaninya adalah Issey Titan yang juga merupakan salah seorang tunjang membintangi sitkom komedi tersebut.

@ebbyyus

Terima kasih mikan dari jepun dengan bijan datang ziarah pakdin.

♬ Mirai e [Remastered] - Kiroro

Terdahulu, pelakon filem XX Ray (1992) tersebut turut menerima kunjungan Jep Sepahtu yang hadir rmemmberikan semangat buat insan yang dianggap sebagai idola dan sahabatnya itu.

Tahun lalu, Ebby pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), HKL akibat masalah kesihatan di mana doktor memberitahu tahap kekuatan jantungnya tinggal 27 peratus.

Difahamkan, doktor turut mensarankan agar pelakon itu menggunakan peralatan mesin canggih yang membolehkan dia menerima rawatan secara berkala di rumah.

Namun, kos peruntukan untuk mendapatkan peralatan itu agak tinggi yang dikatakan menelan kira-kira RM5,000 sebulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram