‘SAYA nak pergi sambut birthday anak,’ kata Farid Kamil untuk menjelaskan tentang pemakaian serba putih yang dikenakan sewaktu berada di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
Farid Kamil hadir dengan mengenakan baju Melayu teluk belanga berwarna putih selain bersongkok dengan lilitan reben putih persis sedang berkabung.
Farid turut menjelaskan bahawa pemilihan tempat untuk membuat kejutan kepada anak perempuannya, Nur Aurora adalah rahsia.
BACA LAGI: Farid, Diana masih berstatus suami isteri, sebutan kes cerai bersambung 2 Disember
BACA LAGI: 'Tak salah belajar dengan orang muda', Rahmad Mega kagum bakat BBNU, minat gila Haqiem Rusli
‘Di tempat rahsia,” katanya.
Dalam pada itu, Farid Kamil turut melontarkan harapan sebagai ayah buat anak perempuannya itu.
“Selamat hari jadi Aurora. Saya berharap yang baik-baik untuk dia. Semoga dirahmati dan diberkati,” katanya.
Pada Rabu, Farid Kamil dan Diana Danielle menghadiri prosiding mahkamah bagi sebutan pertama permohonan rujuk dan penceraian.
Kedua-duanya kelihatan tenang menghadiri ke mahkamah itu sambil diiringi peguam masing-masing.
Diana dan Farid dilaporkan bakal meneruskan sebutan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2 Disember ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram