KEHADIRAN pempengaruh terkemuka dunia, Ishowspeed ke Malaysia baru-baru ini menjadi bualan ramai dan mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.
Mengadakan lawatan di negara rantau Asia Tenggara, kedatangan individu kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu ke Malaysia mendapat liputan meluas apabila turut disertai beberapa pempengaruh tempatan.
Lebih mengejutkan, Ishowspeed turut mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) di Stadium Sultan Ibrahim, (SSI) Iskandar Puteri, Johor pada Ahad lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Influencer' terkenal, Speed nyaris kemalangan ketika lawat KL
Kunjungan itu dilakukan selepas menyaksikan perlawanan antara JDT menentang Kelantan Darul Naim FC yang menyaksikan Harimau Selatan menang dengan keputusan 6-1.
Meraih perkongsian hangat di laman sosial, komposer dan penyanyi hip hop tanah air Joe Flizzow, 44, mendedahkan dalang di sebalik pertemuan dua insan disegani di peringkat antarabangsa itu.
Jelasnya, kedatangan pempengaruh terkenal itu dirancang bersama seorang lagi YouTuber tempatan yang dikenali sebagai IsaIsarb.
Hantaran dimuat naik Joe Flizzow di InstaStory pada Ahad.
Menganggap ia satu kejayaan luar biasa, pertemuan itu dikatakan telah meraih lebih 30 juta tontonan secara langsung dari serata dunia.
Keduanya-duanya sebelum ini kerap berbalas komen di laman aplikasi Instagram dengan TMJ pernah mengusik penyanyi itu ketika berkongsi gambar menjinjing beg di sebuah lokasi luar negara.
"Takkan setiap tahun bulan puasa kau cabut luar negara pasal tak nak puasa," tulis Tunku Ismail ringkas.
Komen tersebut telah mengundang gelak ketawa ramai yang terhibur membaca gurauan TMJ. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram