[VIDEO] 'Influencer' terkenal, Speed nyaris kemalangan ketika lawat KL


  • Tular
  • Selasa, 17 Sep 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik Speed hampir terlibat dalam kemalangan ketika melawat ibu negara pada Selasa.

KEHADIRAN pempengaruh (influencer) terkemuka dunia, Ishowspeed berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia.

Dia yang baru sahaja tiba di Malaysia menerima sambutan hangat daripada peminat tanah air yang sangat teruja dapat bertemu dengannya.

Bagaimanapun, Speed dilihat hampir terlibat dalam satu kemalangan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi satu hantaran video di laman X, Speed yang dilihat begitu teruja menunggang motosikal jenis skuter berkenaan hampir terbabas kerana gagal mengawal kenderaan itu dengan baik.

Difahamkan, IShowspeed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. itu mahu belajar untuk menunggang motosikal.

Namun, malang tidak berbau apabila dia dilihat mengalami kesukaran untuk mengawal kenderaan tersebut kerana dipercayai ia merupakan pengalaman pertamanya menunggang motosikal.

Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku apabila Speed berjaya dibantu oleh beberapa individu di sekitarnya untuk memberhentikan kenderaan tersebut.

Sebelum tiba di Malaysia, Speed sudah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram