PEMPENGARUH terkemuka dunia, Ishowspeed atau nama sebenarnya Darren Watkins Jr, 19, meluahkan impian untuk mewakili Amerika Syarikat (AS) ke pentas Olimpik Los Angeles 2028.
Ia susulan cabaran lumba lari 50 meter (m) bersama bekas tiga kali juara dunia dan pemenang Olimpik Paris, Noah Lyles baru-baru ini yang menyaksikan Speed tewas tipis kepada pelari pecut itu.
Meskipun tewas, cabaran diberikan Speed meraih pujian ramai ekoran larian bertenaga dipamerkan.
BACA LAGI: Terima jemputan VIP, Joe Flizzow dedah ‘kabel’ heret Speed jumpa TMJ
BACA LAGI: [VIDEO] 'Influencer' terkenal, Speed nyaris kemalangan ketika lawat KL
Akur dengan perkara itu, Lyles turut memuji teknik larian dimiliki pempengaruh tersebut selain turut mencadangkan agar dia menjalani latihan secara profesional dan mewakili negara ke pentas Olimpik bagi acara 100 m.
bro almost beat Noah Lyles too pic.twitter.com/bcdNVc5UqA
— yoxic (@yoxics) November 17, 2024
Yakin dengan kebolehan dimiliki, Speed tegas menyatakan keinginannya untuk beraksi di pentas Olimpik kelak.
"Pada 2028m saya pasti akan melangkah ke Olimpik, mungkin akan sertai larian 50m, 100 atau 200 m, saya boleh lakukannya," katanya.
Terdahulu, kehadiran Speed ke Malaysia meraih sambutan hangat daripada peminat tanah air yang teruja bertemu dengannya.
Turut berkunjung ke negeri Selatan tanah air iaitu Johor, Speed menyaksikan perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan bertemu dengan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Mengadakan lawatan di negara rantau Asia Tenggara, kedatangannya mendapat liputan meluas apabila turut disertai beberapa pempengaruh tempatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram