
TIDUR yang baik bukan sekadar untuk memulihkan tenaga tetapi juga penting untuk pelbagai mekanisme biologi dalam tubuh.
Gangguan tidur memberi kesan langsung kepada kesihatan terutamanya kepada otak.
Satu kajian oleh Universiti California, San Francisco (UCSF) mendapati hubungan antara kualiti tidur pada usia pertengahan dan atrophi otak yang sering dikaitkan dengan demensia.
BACA LAGI: [VIDEO] Air fryer selamat digunakan hari-hari, bantu kurangkan lebih separuh lemak gorengan
Penuaan otak yang cepat itu berkait rapat dengan masalah tidur seperti sukar tidur atau bangun awal serta rasa tidak cukup rehat.
Kajian itu melibatkan 600 orang dewasa berusia sekitar umur 40 tahun yang dipantau selama beberapa tahun.
Para peserta diminta menjawab soalan mengenai kualiti tidur mereka dan usia otak mereka dinilai melalui imbasan otak menggunakan algoritma pembelajaran mesin.
Hasilnya kajian menunjukkan walaupun mengambil kira faktor seperti umur, gaya hidup dan kesihatan, individu yang menghadapi kesukaran tidur menunjukkan penuaan otak yang lebih cepat.
Mereka yang menghadapi kesukaran tidur sederhana memiliki otak yang lebih tua 1.6 tahun berbanding mereka yang tidur dengan baik.
Manakala mereka yang sangat sukar tidur mempunyai otak yang lebih tua 2.6 tahun.
Penuaan otak yang cepat itu berkait rapat dengan masalah tidur seperti sukar tidur atau bangun awal serta rasa tidak cukup rehat.
Walaupun tempoh tidur tidak menunjukkan kesan besar, kajian sebelumnya menunjukkan tidur yang singkat meningkatkan risiko penurunan kognitif dan demensia.
Penulis kajian, Dr Clémence Cavaillès berkata, walaupun tidur yang buruk tidak menyebabkan demensia ia mungkin mempercepatkan simptom kognitif.
Kajian tersebut menegaskan betapa pentingnya tidur yang berkualiti untuk kesihatan.
Dr Kristine Yaffe, Pengarah UCSF Center for Population Brain Health menyarankan bahawa kualiti tidur yang buruk boleh menjadi sasaran untuk intervensi awal bagi mencegah penurunan kognitif.
Masalah tidur semakin meningkat sejak beberapa dekad lalu dengan pencahayaan hampir berterusan, tekanan dan gaya hidup sedentari sebagai faktor utama penyebabnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram