
MESKIPUN hamil, penyanyi Nabila Razali, 31, kekal aktif meneruskan karier seninya dan baru selesai menjalani penggambaran drama Bawah Payung Awan baru-baru ini.
Tidak mengalami simptom kehamilan yang teruk, pelantun lagu Pematah Hati itu meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kesihatan baik di samping kerjaya lakonannya yang juga berjalan lancar.
BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor
"Alhamdulillah, kehamilan pertama saya berjalan lancar dan saya sudah pun selesai menjalani penggambaran drama Bawah Payung Awan pada tempoh trimester pertama.
"Saya tak mengidam benda pelik, kecuali burger Ramly dan kek Sandwic Victoria. Suami pula yang alami alahan teruk, sakit-sakit badan, tetapi saya masih aktif dalam dunia seni.
"Sakit badan adalah perkara biasa, tapi saya tak seteruk suami saya," katanya.
Terdahulu, penyanyi cantik manis itu sedang giat mempromosikan lagu Tangis yang juga merupakan runut bunyi buat drama siri lakonannya bersama Ben Amir.
Merancang untuk berehat seketika daripada dunia seni pada Disember kelak, Nabila mendedahkan bahawa dia bakal melancarkan single baharu tidak lama lagi.
"Ini merupakan salah satu projek istimewa, saya sangat teruja dan tak sabar nak kongsikan pada semua peminat," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram