FILEM aksi Hollywood cukup diminati dalam kalangan penonton serata dunia ekoran kualiti lakonan serta kesan khas komputer (CGI) digunakan seolah-olah nyata di dunia realiti.
Babak peperangan dan letupan misalnya bukan sahaja memberi kesan kepada penonton, malah pembikin filem di luar sana turut menyanjung setiap aksi dipamerkan dalam sesebuah karya antarabangsa.
Namun, tahukah anda bahawa satu peristiwa hitam pernah terpalit dalam sejarah perfileman Hollywood apabila tiga pelakon termasuk dua kanak-kanak terkorban pada 1982.
BACA LAGI: Tayangan perdana di Belanda, Mencari Ramlee tersenarai ke Festival Filem Rotterdam
Insiden itu tercetus di hari terakhir set penggambaran filem Twilight Zone: The Movie di California, Amerika Syarikat (AS) ketika sedang melakonkan babak pertempuran Perang Vietnam ketika kejadian.
Dalam babak itu, ketiga-tiga pelakon tersebut iaitu Vic Morrow, 53, Renee Shinn Chen, 6, dan Myca Dinh Le, 7, sepatutnya melarikan diri daripada serangan sebuah helikopter yang mahu membunuh mereka.
Tiga pelakon termasuk dua kanak-kanak terkorban dalam penggambaran filem Twilight Zone: The Movie.
Namun, satu kejadian tidak diduga berlaku apabila kesan khas letupan di set penggambaran itu terlampau kuat dan mengundang kesukaran kepada juruterbang tersebut untuk mengawal pesawat tersebut.
Akibat hilang kawalan, helikopter berkenaan kemudiannya menjunam dan terhempas ke permukaan tanah sekali gus menghempap ketiga-tiga pelakon itu.
Mangsa dilaporkan rentung terbakar manakala jurutera pula berjaya diselamatkan kru syarikat produksi filem berkenaan.
TWILIGHT ZONE—On July 23, 1982, Vic Morrow and two child actors, Myca Dinh Le (7) Renee Shin-Yi Chen (6) were filming for Twilight Zone: The Movie.
They were performing a scene for a sequence that takes place in Vietnam, when a pyrotechnic error caused a helicopter to plummet... pic.twitter.com/ow4Yj6QVUb
— Amiri King (@AmiriKing) November 5, 2023
Pengarahnya, John Landis bersama empat kru termasuk penyelaras kesan khas dan juruterbang helikopter didakwa atas tuduhan membunuh tanpa sengaja.
Menurut laporan Agensi, ia merupakan kali pertama pengarah filem didakwa atas tuduhan jenayah ketika mengarahkan sebuah filem.
Mendakwa ia merupakan kejadian tidak disengajakan, namun pihak mahkamah tegas menyatakan ia berpunca akibat tindakan melulu dan melanggar undang-undang keselamatan kanak-kanak.
Namun, kes perbicaraan yang berlanjutan sehingga 10 bulan itu akhirnya menyebelahi kelima-lima defendan tersebut apabila kesemua mereka dibebaskan pada 1987.
Pihak keluarga mangsa memfailkan saman terhadap John, syarikat produksi Warner Brothers dan penerbitnya, Steven Spielberg dengan jumlah yang tidak didedahkan.
Walaupun menerima kritikan dan kecaman daripada masyarakat AS, filem itu tetap ditayangkan dengan perolehan kutipan sebanyak AS$29 juta (RM130 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada manakala sebanyak AS$42 juta (RM190 juta) diperoleh hasil tayangan seluruh dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram