SIAR: Eman Manan sarat karisma, rahsia kekal relevan selepas 4 dasawarsa


  • Hiburan
  • Selasa, 12 Nov 2024

Eman Manan merupakan antara pelakon otai versatil negara.

OTAI masih berbisa. Demikian gelaran sesuai diberikan kepada pelakon veteran versatil negara, Eman Manan, 66, yang cukup disegani dalam industri hiburan tanah air.

Lebih empat dekad bergelar anak seni, pelakon kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu masih bergiat aktif dalam industri dengan penampilannya sentiasa disegani generasi muda ataupun BBNU.

Permulaan karier seninya disambut baik oleh industri apabila terus dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-5 pada 1984 menerusi filem Matinya Seorang Patriot.

BACA LAGI: Hilang selepas lagu Amalina 'meletup', Santesh kembali hasilkan lagu Melayu duet bersama Faizal Tahir dan UNIC

BACA LAGI: GV11 dikecam jatuhkan 'value' artis, ramai kritik Ning Baizura tak sesuai lagu zaman BBNU

Pembabitannya sebagai pelakon utama karya arahan Datuk Rahim Razali itu berjaya melonjakkan namanya sebagai pendatang baharu disegani biarpun baru berusia 26 tahun ketika itu.

@siardotmy #SIAR ♬ original sound - SIAR

Rentetan kejayaan itu, kariernya semakin memuncak apabila menjadi pilihan ramai pembikin filem yang menawarkan posisi sebagai tunjang karya di layar perak.

Selang dua tahun kemudian, Eman Manan sekali lagi menempa nama menerusi dua naskhah agung arahan Rahim Razali iaitu Tsu Feh Sofiah (1986) dan Puteri (1987).

Berbeza dengan pelakon-pelakon lain, perjalanan seni Eman Manan lebih tertumpu pada filem apabila banyak menghiasi layar perak berbanding drama.

Secara keseluruhan, sebanyak lima buah filem menjadi taruhan Eman Manan sebelum mula melebarkan sayap ke kaca televisyen.

Namun, menariknya karier seni pelakon versatil ini, kesemua penampilannya sentiasa menjadi watak utama sama ada sebagai hero ataupun antagonis.

Kualiti dan bakat seni yang ada padanya sentiasa membuatkan dirinya menjadi pilihan pengarah sebagai wajah utama di samping pelakon wanita berbakat tanah air.

Gandingannya bersama seniwati Ogy Ahmad Daud menerusi beberapa buah filem Puteri, Bintang Malam dan Rentak Desa cukup meninggalkan kesan terhadap dunia perfileman tanah air.

Pernah digelar sebagai pasangan sejoli, kisah percintaan mereka di layar perak kemudiannya beralih ke realiti apabila disatukan sebagai pasangan suami isteri pada Disember 1990.

Perkahwinan pasangan pelakon itu mendapat liputan meluas pengamal media ketika itu ekoran popularitinya yang sedang memuncak di era 90-an.

Ey3SVbEVEAAh14x

Pasangan pelakon Eman Manan dan Ogy disatukan pada 1990.

Penyatuan dua insan berbakat tanah air itu disambut baik industri apabila banyak membuat penampilan bersama dalam drama serta telefilem.

Namun, mahligai cinta dibina tidak berkekal lama apabila dilaporkan berpisah pada 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.

Meskipun perceraian itu dianggap antara isu hangat dalam kalangan artis tempatan, ia tidak menjatuhkan imej kedua-duanya yang terus kekal relevan hingga ke hari ini.

Eman Manan terus menjadi pilihan pengarah generasi kini yang masih menaruh kepercayaan terhadap pelakon itu biarpun sudah menginjak ke usia warga emas.

Terbaharu, Eman Manan kembali membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Takluk: Lahad Datu sebagai watak antagonis.

Rentetan itu, Eman Manan dikhabarkan bakal sekali lagi membuat penampilan menerusi naskhah arahan pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Khawarij yang dijadual ditayangkan pada tahun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram