BUAT julung kalinya, seramai enam penari dari Persatuan Seni Tarian dan Pendidikan Antarabangsa (PSTPA), Ipoh, Perak dijemput membuat persembahan di Fukuoka, Jepun baru-baru ini.
Kesemua penari berusia antara tujuh hingga 30 tahun itu dijemput oleh Dewan Bandaraya Fukuoka untuk membuat persembahan pembukaan pada Festival Pencipta yang merupakan acara tahunan meraikan seni, budaya dan teknologi di Fukuoka.