GV11 dikecam jatuhkan 'value' artis, ramai kritik Ning Baizura tak sesuai lagu zaman BBNU


  • Hiburan
  • Ahad, 03 Nov 2024

Ning Baizura merupakan antara penyanyi tergolong dalam senarai bocor peserta program realiti GV11.

PROGRAM realiti popular, Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 menjadi bualan hangat warganet susulan beberapa nama pesertanya mula 'bocor' di laman sosial sejak Jumaat.

Beberapa nama besar dalam senarai itu seperti Ning Baizura, Sheila Abdul, Ramlah Ram dan Fauziah Latiff meraih tumpuan ramai yang seolah-olah tidak percaya turut serta dalam program hiburan tersebut.

Meskipun belum ada sebarang pengesahan daripada pihak Astro, penonton mula melontarkan kritikan berhubung senarai pesertanya yang dianggap tidak sesuai dan menjatuhkan imej artis berpengalaman.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Cinta Untuk Nabila', Ajak Melissa dedah realiti kisah itik dalam filem Rock, kini bisnes makan nasi rendang

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

Selain daripada foto tular itu, nama lain yang turut menjadi sebutan ialah Daniel Lee, Khai Akademi Fantasia 1, Fiq Halim dan Farah Diana Anuar.

WhatsApp-Image-2024-11-02-at-9.57.00-AM

Ning Baizura (tengah) merupakan antara penyanyi popular dipercayai menjadi peserta GV11 kelak.

Penyanyi popular, Ning Baizura antara yang paling diragui warganet susulan kekuatan vokalnya yang dikatakan kurang sesuai menyanyikan lagu generasi BBNU.

"Kat sini la boleh tengok Ning Baizura nyanyi lagu BBNU, kita tau suara dia macam mana, silap-silap terkeluar awal," kata Hanim Roman.

"Kenapa la Ning Baizura masuk hilang nilai eksklusif dia, aku tak minat sangat dia tapi tak nafikan dia punya aura memang lain, tak sesuai dia nyanyi lepas tu tunggu juri kritik dia,"ujar Aiman Nelson.

"Penyanyi macam Ning Baizura, Fauziah Latiff, Zaiton Sameon ni tak boleh masuk sepatutnya, dorang merendahkan value diri sendiri," tambah Azwan.

"Fauziah Latiff bekas juri Malaysian Idol, Daniel Lee tu hasil bawah juri dia dan sekarang kongsi satu pentas pertandingan pula," jelas Hendaya Ningrat.

Terdahulu, penyanyi Ayai llusi telah diumumkan sebagai juara pertama GV pada tahun 2014, dikuti Siti Nordiana untuk musim ke dua, Azharina (GV3) Datuk Aishah (GV4), dan Noryn Aziz (GV5).

GV6 menyaksikan kejutan apabila dua peserta diumumkan sebagai pemenang iaitu Hady Mirza & Naqiu, Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor sebagai juaran GV9 dan Juara Gegar Vaganza All Stars.

Namun, GV11 dilabel menjatuhkan imej artis tanah air sekiranya kesemua senarai bocor peserta tersebut adalah benar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram