[VIDEO] Didakwa hina Islam, peguam selebriti terkulai ditumbuk bertubi-tubi ketika 'live' depan mahkamah


  • Benua
  • Sabtu, 09 Nov 2024

Tangkap layar insiden pergaduhan membabitkan seorang peguam yang ditumbuk pada satu sidang media yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

SEORANG peguam lelaki berdepan detik getir apabila ditumbuk bertubi-tubi oleh orang awam ketika sedang berucap pada sidang media di Bangkok, Thailand pada Jumaat lalu.

Thammarat yang sedang berucap di hadapan pemberita secara tiba-tiba didatangi Charuwej yang gagal mengawal kemarahan ketika kejadian.

Insiden itu dipercayai berpunca susulan kenyataan Thammarat yang didakwa menghina agama Islam ketika perbicaraan berlangsung di mahkamah.

BACA LAGI: Trump tewaskan Kamala Harris, 'negeri atas pagar' bantu kemenangan pilihan raya Presiden AS

BACA LAGI: [VIDEO] Dipukul beramai-ramai, mangsa tak buat repot kerana tidak cedera — Polis Pulau Pinang

Charuwej yang difahamkan mempunyai isteri beragama Islam berang dengan kenyataan peguam itu dan terus menumbuk peguam tersebut sambil disertai beberapa lagi individu lain ketika kejadian.

Majlis Peguam Thailand di bawah naungan diraja mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dan menghukum pelaku mengikut proses undang-undang.

"Dalam kes peguam, walaupun mereka berbeza pendapat itu bukan alasan untuk melakukan keganasan, sama ada serangan fizikal atau penggunaan bahasa kesat.

"Semua peguam mempunyai hak undang-undang untuk melaksanakan tugas mereka dengan selamat dan menjadi kewajipan Majlis Peguam untuk membela hak peguam untuk melaksanakan tugas mereka demi keadilan," katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Thammarat dilaporkan sedang membincangkan kes undang-undang terhadap Ajarn Beer, seorang selebriti yang berdepan tuduhan menghina agama Buddha.

Sesi sidang media itu walau bagaimanapun terhenti akibat kekecohan yang berlaku dan peguam itu difahamkan hanya menghadapai kecederaan ringan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram