SUASANA redup dipayungi pepohon merimbun dengan ditambah deru anak sungai menyuntik kesegaran buat sesiapa yang mengunjungi Eryabysuria Resort Janda Baik di Janda Baik, Pahang.
Memulakan operasi pada 2010, Eryabysuria Resort Janda Baik dikendalikan oleh Suria Resorts Management Sdn Bhd, turut bertanggungjawab terhadap operasi rangkaian hotel Eryabysuria di Cherating dan Hotspring Bentong selain The Royal Cambridge, London.
Eryabysuria Resort Janda Baik memiliki keunikan tersendiri yang membezakannya dengan hotel dan resort lain di Janda Baik.
BACA LAGI: [VIDEO] Rapid Shooting antara 5 aktiviti menarik boleh dilakukan di Taman Negara
BACA LAGI: Temui daya tarikan Pulau Pangkor, dari Kota Belanda hingga ke Pantai Pasir Bogak
Aktiviti seperti 'team-building' antara yang terdapat dalam pakej berkumpulan Eryabysuria Resort Janda Baik.
Eryabysuria Resort Janda Baik datang dengan pakej keluarga dan individu seperti piknik, candle light honeymoon, sewa tapak khemah serta pakej penginapan dan aktiviti.
Bagi pakej tempahan berkumpulan, Eryabysuria Resort Janda Baik menawarkan pakej untuk hari keluarga, acara korporat, seminar, team building, mesyuarat, makan tengah hari dan makan malam.
Menawarkan hanya 16 buah bilik, Eryabysuria Resort Janda Baik sesuai buat tetamu yang mahu lari seketika daripada hiruk-pikuk kota selain inginkan privasi ketika bercuti.
Keselesaan penginapan menjadi keutamaan di Eryabysuria Resort Janda Baik.
Hotel di dalam suasana hutan dan kampung memberikan suasana yang cukup mendamaikan agar fikiran terasa tenang sejenak.
Pengunjung boleh berjalan kaki ke sungai yang terletak berhampiran resort untuk menikmati suasana menenangkan di tepi sungai yang jaraknya tidak jauh dari hotel.
Sungai yang jernih juga sesuai untuk aktiviti mandi-manda buat seisi keluarga kerana airnya yang cetek dan tidak terlalu berbatu.
Malah, bilik persalinan siap dengan pancuran dan tandas turut disediakan untuk memudahkan pengunjung menukar serta menyalin pakaian.
Pengunjung Eryabysuria Janda Baik boleh melakukan aktiviti riadah seperti berkhemah, aktiviti piknik dan sebagainya.
Berhampiran dengan sungai itu juga, hamparan rumput menghijau boleh dijadikan tapak perkhemahan dan permainan.
Tidak terhad di situ, pengunjung juga boleh menikmati kebun mini dalam resort yang dihiasi dengan tanaman seperti pegaga, pandan, bunga kantan dan limau purut.
Kebun buah juga menjadi antara daya tarikan di Eryabysuria Resort Janda Baik kerana terdapat pelbagai jenis tanaman seperti durian, rambutan, longan dan manggis.
Di Eryabysuria Resort Janda Baik, pihak resort menyediakan kemudahan WiFi, dewan seminar dan mesyuarat yang dilengkapi fasiliti audio-visual sekali gus menjadikannya sesuai buat pengunjung yang datang untuk acara seminar, mesyuarat dan team-building.
Eryabysuria Resort Janda Baik turut menyediakan dewan seminar dan bilik mesyuarat yang dilengkapi fasiliti audio-visual.
Pihak resort juga menyediakan Bunga Padi Coffee House untuk pengunjung menikmati sesi kopi-kopi secara santai.
Turut ditawarkan di premis berstatus halal itu adalah hidangan seperti sarapan percuma bagi setiap pembelian bilik, nasi berlauk ala-kampung dan makan malam menu barbeku.
Di samping itu, disediakan juga ialah perkhidmatan dine-in ala carte dan fullboard group dine-in.
Selain itu, disediakan juga dua kawasan tempat letak kereta yang berdekatan dengan lobi dan bilik bagi memudahkan pengunjung yang membawa kenderaan masing-masing.
Pengunjung boleh menikmati air sungai yang sejuk dan menyegarkan jika berkunjung ke Eryabysuria Janda Baik Resort.
Jika pengunjung memilih untuk beriadah, ada pelbagai in-house game yang boleh dinikmati antaranya bola sepak, badminton, tenis meja, karom dan board games selain boleh menyewa basikal.
Kalau bab makan luar pun tidak susah kerana terdapat pelbagai kafe dan restoran yang boleh dikunjungi.
Dari warung, kafe estetik hinggalah restoran, tidak sukar buat pengunjung jika mereka mahu mencari makanan di sekitar Janda Baik.
Kawasan lapang berdekatan sungai boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bersama keluarga tersayang.
Aneka makanan seperti sate, ikan bakar, nasi lemak dan lauk pauk kampung boleh didapati bagi mereka yang gemar food-hunting.
Tidak hairanlah andai Eryabysuria Resort Janda Baik menjadi destinasi pilihan pengunjung yang mahu staycation atau short getaway luar dari Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, layari www.eryabysuria.com, laman Instagram/Facebook/Tiktok @eryabysuria atau hubungi 03-78064752. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram