Kenapa Taiwan digelar 'syurga' kolam air panas?


  • Hobi
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Mata air panas Baolai dan Bulao terletak di Kaohsiung. — Taiwan Tourism/TravelPulse

TERLETAK di kawasan seismik Lingkaran Pasifik, Taiwan dikenali sebagai syurga mata air panas.

Pulau itu, yang terletak di persimpangan plat benua Euro-Asia dan Filipina memiliki lebih daripada 100 mata air semula jadi termasuk mata air panas, sejuk dan mata air dasar laut.

Antara keajaiban semula jadi itu adalah Zhaori Hot Springs di Ludao, salah satu daripada hanya tiga mata air panas air masin di dunia.

BACA LAGI: Pemuda Johor tak lokek kongsi 5 sebab musim luruh waktu terbaik berkunjung ke Norway

BACA LAGI: Hasrat ke Cameron Highlands tak kesampaian, pelancong Jepun maut bas persiaran rempuh treler

6118621770526344398

Mata Air Panas Xinbeitou sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan. — Taiwan.net

Mata air panas di Taiwan bukan sekadar tempat berendam yang menenangkan, tetapi ia juga terkenal dengan manfaat kesihatan seperti melancarkan peredaran darah, membantu pencernaan dan menyokong sistem saraf.

Pengunjung boleh memilih enam jenis mata air panas yang berbeza termasuk natrium karbonat, ferus, natrium hidrogen, sulfur, garam dan hidrogen sulfida yang masing-masing memberi kesan baik untuk menyembuhkan.

Sesetengah mata air itu juga mempunyai mandian lumpur yang menenangkan sebagai tambahan kepada pengalaman terapeutik.

Bagi yang suka pengembaraan atau pencinta kemewahan, Taiwan menawarkan sesuatu untuk semua.

Pencinta alam boleh mendaki laluan gunung yang indah dan berehat di kolam batu semula jadi yang dikelilingi pemandangan hijau.

Bagi mereka yang mahukan privasi, bilik hotel dengan air panas terus ke tab mandi peribadi disediakan.

Untuk pengalaman yang lebih sosial, resort mata air panas menawarkan pelbagai kolam dan jet air memberikan pilihan sesuai dengan setiap selera.

Selepas segar berendam di mata air panas, pengunjung boleh menikmati pula hidangan tempatan Taiwan yang pasti menggamit selera.

Setiap kawasan mata air panas mempunyai masakan tempatan yang unik, menjanjikan pengembaraan gastronomi yang melengkapkan pengalaman berendam air panas.

Di Wulai, pengunjung boleh mencuba masakan Atayal yang menggunakan bahan-bahan gunung tempatan.

Hidangan ini sering disajikan bersama sos pencecah seperti shiso yang ditapai, jus plum, dan madu untuk memperkayakan rasa.

6118621770526344397

A-bay ialah ladu nasi yang mengandungi ubi keledek atau pisang.

Pengunjung juga patut merasai makanan asli tempatan dengan mencuba hidangan tradisional A-bay yang menggabungkan keledek atau nasi pisang dibalut daun wangi.

Di sekitar kawasan Xinbeitou pula, penggemar makanan boleh menikmati rasa ayam kampung dan sayur-sayuran segar yang ditanam di atas gunung.

Hidangan di situ memperlihatkan hasil alam sekitar, mencipta pengalaman makan yang melengkapkan keasyikan berendam di air panas.

Bagi pengunjung yang ingin merancang lawatan ke lokasi mata air panas yang sesuai di Taiwan, laman web Taiwan Tourism Administration di TaiwanHotSpring.net menyediakan pangkalan data yang lengkap.

Laman web itu membantu pelancong menyesuaikan pengalaman mereka agar lawatan lebih memuaskan dan menyegarkan.

Sama ada untuk bersantai dalam air yang menenangkan atau meneroka pelbagai cita rasa tempatan, kawasan mata air panas Taiwan adalah destinasi sempurna bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam dan pengalaman budaya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram