JAUH di tenggara Pahang, ramai tidak tahu bahawa ada sebuah bandar yang 'menyembunyikan' kedamaian daripada hiruk pikuk kesibukan di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan setaranya.
Terletaknya tidak jauh dari sempadan Johor selain menghadap panorama memukau Laut China Selatan, bandar Kuala Rompin ternyata memiliki kelasnya yang tersendiri bagi mereka yang gemarkan ketenangan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Terkenal dengan lambakan menu udang galah, Kuala Rompin juga sebenarnya memilik permata tersembunyi iaitu lapangan golf dan penginapan mewah di Villea Rompin Resort & Golf yang berada dalam kelasnya tersendiri.
BACA LAGI: 45 sukarelawan bersihkan pantai, tanam pokok demi kelestarian alam
BACA LAGI: [VIDEO] Siswa Labah-Labah daki secara merangkak, anak jati Kuching buktikan OKU mampu tawan Everest
Permukaan green di Villea Rompin Resort & Golf amat mencabar kepada peserta MGG 2024.
Tidak banyak lapangan golf di Malaysia yang menawarkan pemandangan serta landskap berdekatan laut dan Villea Rompin Resort & Golf antara legasi yang masih kekal sehingga ke hari ini untuk menjadi salah satu mercu kebangsaan buat penduduk Pahang, khususnya masyarakat Kuala Rompin.
Dengan kini Villea Rompin Resort & Golf diterajui di bawah syarikat pengurusan hartanah, Attana Hotels & Resorts, pengunjung pastinya tidak akan dapat lupakan kenangan manis apabila menginap di sini serta merasai sendiri pengalaman bermain golf bersuasanakan pukulan angin pantai serta cabaran bentuk geografi di lapangan itu.
Itu yang dilalui kira-kira 30 pengamal media serta pempengaruh sukan yang berpeluang menginap, bermain golf dan menikmati kelazatan pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh pihak Villea Rompin baru-baru ini menerusi penganjuran kejohanan Media Golf Gateway (MGG) 2024.
Lebih manis lagi, kehadiran pemain profesional, Shahiran Syakir acara itu yang diadakan selama tiga hari bermula 18 Oktober lalu dan berakhir pada 20 Oktober.
Di hari pertama lagi, kesemua jemputan sudah terpukau dengan keindahan kawasan resort yang memiliki pantai bersih walaupun kawasan itu tidak sesuai untuk aktiviti mandi disebabkan musim tengkujuh.
Satu daripada bilik di Villea Rompin Resort & Golf yang menghadap pemandangan Laut China Selatan.
Tetapi fasiliti lain seperti kolam renang, tapak riadah, gim, bilik karaoke dan bilik permainan video sudah cukup menjadi nilai tambah buat Villea Rompin bagi memastikan pengunjung yang hadir bersama keluarga tidak bosan melakukan pelbagai aktiviti.
Malah pihak resort juga ada menyediakan aktiviti luar seperti hiking, berbasikal, mengembara ke kawasan air terjun serta menimba pengalaman berkunjung ke kampung Orang Asli berdekatan.
Tidak ramai juga yang tahu bahawa Villea tersebut terletak berdekatan dengan Kampung Lanjut yang mempunyai lapangan khas untuk peminat sukan woodball.
Walaupun tidak berpeluang merasai pengalaman bermain woodball, tetapi aktiviti yang disediakan oleh pihak resort sudah cukup untuk memikat kepada semua jemputan yang hadir ke MGG 2024.
Antara aktiviti yang mencuri tumpuan termasuk persembahan kebudayaan, acara pertunjukkan api serta hidangan BBQ yang disediakan, setara dengan usaha setiap staf dan pengurusan resort itu memastikan pengunjung berpuas hati dengan servis yang diberikan.
Staf Villea Rompin Resort & Golf amat berkebolehan untuk menjadi penghibur kepada pengunjung.
Seperti ditekankan oleh Ketua Pegawai Operasi Villea Rompin Resort & Golf, Ron Hasni Yusoff, kejohanan MGG 2024 diadakan bagi meraikan pengamal media sekali gus mempromosikan premis itu sebagai destinasi utama bagi sukan golf dengan pemandangan laut di kawasan Pantai Timur.
Katanya, kawasan yang terletak di Kampung Lanjut, Kuala Rompin itu menawarkan percutian yang tenang berlatar belakangkan keindahan alam semula jadi dan keseronokan bermain golf di padang bertaraf kejohanan.
“Kejohanan itu menyediakan suasana yang kompetitif tetapi menyeronokkan, menonjolkan padang yang dijaga rapi, yang semakin menjadi pilihan destinasi bagi pemain golf rekreasi dan kejohanan.
“Kami berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah kepada sekumpulan profesional media yang berprestij. Matlamat kami adalah untuk menampilkan tawaran disediakan resort ini, yang menggabungkan keindahan, kemudahan dan layanan mesra,” katanya.
Pengamal media dan pempengaruh sukan yang menyertai MGG 2024 di Villea Rompin Resort & Golf, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Besar Operasi AHR, Mohd. Iqmal Muslim, Pengurus Hotel, Zebby Bahrin.
Kejohanan itu bermula dengan sesi latihan pada 19 Oktober sebelum diikuti dengan kejohanan sebenar pada 20 Oktober.
Sementara itu, Mohd. Iqmal berkata, AHR mempunyai sebanyak enam buah hotel dan dua kelab golf termasuk Perdana Kuala Lumpur City Center, Perdana Kota Bharu, Espira Kinrara Puchong, Villea Morib, Port Dickson, Rompin dan Kota Seriemas, Nilai.
Katanya, pelbagai tawaran menarik disediakan bermula dengan pakej penginapan, majlis sosial dan lain-lain.
Orang ramai yang berminat untuk menginap dan bermain golf di sini boleh melayari laman web Villea Rompin Resort & Golf, sila layari www.attanahotels.com. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram