MELAKA bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tempat warisan yang kaya dengan sejarah, tetapi juga dikenali sebagai port makanan yang menarik.
Setiap sudut di bandar itu mempunyai sesuatu yang istimewa untuk dinikmati, menjadikannya tempat yang ideal untuk pengembara yang ingin merasai keunikan budaya dan cita rasa tempatan.
Berikut adalah empat tempat makanan popular di Melaka yang wajar dicuba:
1. Kari Kambing Cikgu Anuar Ansal Ternak
Terkenal dalam kalangan pengunjung tempatan dan luar, kedai itu menyediakan kari kambing yang dimasak dengan rempah rahsia yang menghasilkan rasa kari yang pekat dan daging yang lembut.
Itu menjadikannya pilihan utama bagi peminat kari dan makanan berasaskan kambing.
2. Dapoq Ijan Terbakaq
Terletak di Air Molek, Dapoq Ijan Terbakaq adalah tempat ikan bakar yang popular di Melaka.
Dengan pilihan hidangan laut segar yang dimasak secara bakar dengan resipi khas, ia sering menarik ramai pelanggan, terutama kerana hidangan yang berpatutan dan lokasi yang berdekatan dengan jeti.
Pengunjung disarankan untuk datang awal bagi mengelakkan kesesakan, terutama pada waktu puncak.
Hidangan nasi dalam buluh merupakan keunikan yang dapat dirasai pengunjung apabila datang ke Ary Nasi Buluh.
3. Ary Nasi Buluh
Ary Nasi Buluh menawarkan hidangan nasi dalam buluh yang wangi dan enak.
Nasi yang dimasak dalam buluh menambah aroma tersendiri dan menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencuba makanan unik yang jarang ditemui di tempat lain.
Kedai itu menjadi pilihan ramai kerana rasa tradisional yang autentik dan unik pada setiap hidangannya.
Banyak hidangan menarik yang disajikan di restoran ini seperti set talam singgang, set talam jenahak dan set tomyam kelapa.
Bingsu merupakan pencuci mulut popular di Just Berry Kota Laksamana.
4. Just Berry Kota Laksamana
Ramai tidak menyedari bahawa terdapat sebuah kafe tersembunyi yang memiliki 'vibes' seakan-akan berada di Bali.
Just Berry terkenal sebagai syurga pencuci mulut yang berasaskan buah-buahan segar, termasuk hidangan seperti aiskrim dan smoothie yang penuh rasa dan sesuai untuk menghilangkan dahaga.
Kafe itu merupakan pilihan sesuai bagi mereka yang mencari makanan ringan dan manisan yang menyegarkan.
Menerusi laman TikTok, seorang pengguna yang pernah datang ke lokasi itu menyarankan agar pengunjung mencuba menu yang popular seperti mi tomyam makanan laut, bingsu dan ayam goreng kerana memiliki rasa yang sangat sedap.
5. Dutch Harbour Cafe
Dutch Harbour Cafe adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi di Melaka kerana suasana yang unik dan hidangan yang menarik.
Terletak di tepi sungai, kafe ini menawarkan pemandangan yang menawan dan pengalaman makan yang santai.
Terdapat pelbagai pilihan seperti burger, pasta, dan stik yang disediakan dengan bahan berkualiti tinggi.
Kafe ini juga menyajikan makanan tradisional seperti nasi lemak dan laksa, memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai cita rasa Melaka.
Pelbagai pilihan minuman, termasuk kopi spesial dan jus segar disediakan untuk melengkapkan pengalaman makan seseorang yang hadir ke kafe ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram