'Terpaling mudahkan urusan', hikers beri pujian melambung, minta negeri lain contohi pengurusan cekap Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan


  • Hobi
  • Rabu, 30 Okt 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dipuji kerana memiliki pengurusan hutan yang cekap.

JABATAN Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) mendapat pujian daripada para pendaki setelah mengambil langkah tidak mewajibkan penggunaan Perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) di segelintir kawasan pergunungan di negeri itu.

Pendekatan berkenaan pastinya disambut baik kerana ia memberi fleksibiliti dan kebebasan kepada para pendaki, khususnya mereka yang sudah berpengalaman atau pernah mendaki di kawasan tertentu sebelum ini.

Manakan tidak, dengan tidak mewajibkan MGP, pendaki yang berkemahiran atau sudah pernah membuat pendakian di sesebuah kawasan pergunungan dapat mengurangkan kos pendakian dengan merancang perjalanan mereka sebaik mungkin.

BACA LAGI: Tangkas memanah guna busur tradisional, Muhammad Khalif hidupkan sunnah Rasulullah di zaman moden

BACA LAGI: [VIDEO] Alami demam panas, rebah di tepi jalan antara cabaran peminat Ronaldo sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi demi bertemu idola

Seorang pendaki, Azha Ahmad meluahkan rasa penghargaan kepada jabatan perhutanan itu atas usaha membaik pulih kemudahan dan fasiliti yang disediakan bagi kemudahan para pendaki di kawasan rekreasi Negeri Sembilan.

"Terima kasih kerana membaik pulih kawasan-kawasan fasiliti dan kemudahan yang bagus kepada para pendaki seperti Gunung Angsi, Gunung Datuk, Gunung Berembun, Bukit Batu Sawa dan Taman Kenaboi," katanya di Facebook.

Tidak hanya itu, pengurusan pembelian permit juga dianggap mudah kerana para pendaki boleh memilih sama ada hendak membeli secara atas talian atau sewaktu sampai di tempat pergunungan.

"Tak lupa juga pengurusan bagi membeli permit jabatan hutan sama ada di kaunter sebelum mendaki atau diatas talian," katanya.

6129435390076108093

Pendakian yang dibuat di Gunung Datuk. — Facebook

Hantaran itu juga disokong ramai pendaki lain yang turut berpendapat bahawa pengurusan yang cekap itu antara sebab pendaki suka membuat pendakian di kawasan sekitar Negeri Sembilan.

"Angkat organisasi Negeri Sembilan sebagai ikon Jabatan Hutan," tulis Ideris Isahak.

"Kami dari luar suka ke hutan di sini sebab ini (pengurusan cekap). Terpaling mudah urusan," tulis Hartini Mior.

Seorang pengguna, Senggaran Sb pula beranggapan jabatan perhutanan berkenaan sebagai contoh pengurusan yang cekap.

"Terbaik Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Terima kasih kerana tidak mewajibkan MGP.

"Terima kasih kerana memudahkan permohonan permit. Terima kasih Pengarah JPNS kerana prihatin terhadap rakyat," katanya.

Pengguna yang lain, AI Rich turut memuji pihak atasan yang berjaya memimpin jabatan itu.

"Pengarah dia mesti seorang yang berwawasan dan ada anjakan paradigma, sebab tu jabatan di bawah seliaannya hebat dalam melakukan tugasan," katanya.

"Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan memang terbaik. Permit bayar RM5 dekat pondok renjer sangat memudahkan para pendaki. Apabila ada sistem yang bagus, negeri lain patut contohi bab ini.

"Jangan pula kata pengurusan negeri lain, lainlah dia punya sistem." tulis Mohammad Nazri Dharieh. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram