VOKALIS kumpulan rock popular Coldplay, Chris Martin berdepan detik cemas apabila terjatuh dan terperosok bawah pentas ketika mengadakan konsert siri jelajahnya di Stadium Marvel Melbourne, Australia pada Ahad.
Dihadiri lebih 50,000 penonton, kejadian itu dikatakan berlaku selepas Chris terpijak kawasan lubang kecemasan yang tidak tertutup rapat pada pentas berkenaan.
Tidak menyedari hal itu, Chris kemudiannya terkulai di tengah-tengah pentas tersebut yang sekali gus mengundang cemas orang ramai.
BACA LAGI: Lagu APT Rose Blackpink-Bruno Mars didakwa bawa unsur lucah, tak sesuai untuk kanak-kanak
Walau bagaimanapun, bintang rock Amerika Syarikat (AS) itu difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan terus bangkit selepas kejadian.
"Itu perkara yang tidak dirancang, terima kasih kepada kru bertugas yang menyambut saya di bawah.
"Terima kasih semua, ini cukup memalukan dan mungkin jadi topik perbualan di YouTube," katanya.
Dalam pada itu, insiden serupa turut berlaku membabitkan penyanyi Olivia Rodrigo yang terjatuh pentas ketika mengadakan konsert di Arena Rod Laver, Melbourne baru-baru ini.
Merupakan insiden kali kedua berturut-turut, peminat menggesa agar pihak penganjur konsert selepas ini lebih peka dan cakna terhadap isu keselamatan artis ketika mengadakan konsert. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram