Dai Syed nekad bersihkan nama, selepas ini mahu jual barangan wanita dari Mesir


  • Hiburan
  • Selasa, 05 Nov 2024

Da’i Syed ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Selasa.

PENDAKWAH selebriti, Da'i Syed, 29, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful nekad untuk terus membersihkan reputasinya berhubung pertuduhan kes merogol seorang wanita pada 2019.

Menganggap ia sebagai detik paling sukar dihadapi, penceramah itu menjelaskan dia tidak akan mengalah dan akan terus menjalani kehidupan seharian seperti biasa di samping isteri dan keluarga tercinta.

Akur dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, dia akan kembali menjalankan perniagaan barangan perhiasan wanita dari Mesir sebagai punca pendapatan keluarganya.

BACA LAGI: Mahu terus 'kunci mulut', Diana Danielle enggan ulas punca perceraian hingga kes selesai

BACA LAGI: Rumah milik Diana Danielle, tidak lagi sebumbung sejak sebulan lalu — Peguam

"InshaAllah saya dengan isteri saya akan mula balik jual gelang, barangan perhiasan wanita dari Mesir dan akan mulakan 'live' tak lama lagi, mohon orang ramai sokong bisnes saya, dapatkan barangan yang dijual nanti.

"Alhamdulillah keadaan mental saya okey sahaja. Saya pun manusia biasa. Ada keadaan ‘down’, sedih. Sebagai lumrah manusia saya rasa sedih juga.

“Cuma saya bersyukur ALLAH bagi isteri yang baik, kurniakan anak kepada kami. Alhamdulillah itu kesempurnaan kepada kami untuk saya kuatkan diri jiwa hati dan minda," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Selasa.

@majoritiofficial

Kes rayuan mahkamah berhubung sabitan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan dihadapinya akan bersambung pada 10 Disember depan #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #daisyed #mahkamahtinggi

♬ original sound - Majoriti Official

Peguamnya, Muhammad Amin Othman menjelaskan Syed Shah Iqmal membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim, Norazlin Othman yang menjatuhinya hukuman berkenaan pada 30 Ogos lalu.

"Mahkamah Tinggi menetapkan 10 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes untuk status pemfailan rekod rayuan yang akan dibuat oleh mahkamah rendah," ujarnya.

Terdahulu, pendakwah selebriti itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun di sebuah bilik kondominium dekat i-City, Shah Alam pada 11 September 2019.

Syed Shah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram