PEMINAT komik anime Jepun pasti tidak asing dengan siri popular Dragon Ball yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu.
Diadaptasi daripada komik yang mula terhasil sejak 1984, sehingga kini legasi kartun manga itu masih kekal diminati dan disiarkan di serata dunia.
Namun, industri komik Jepun bagai terhenti seketika apabila pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama, 68, disahkan meninggal akibat pendarahan otak pada 1 Mac 2024
BACA LAGI: Lagu APT Rose Blackpink-Bruno Mars didakwa bawa unsur lucah, tak sesuai untuk kanak-kanak
Pemergiannya turut dirasai pelukis dan peminat komik dari serata dunia apabila masing-masing tampil berkabung dan berhimpun sebagai penghormatan terkahir buatnya
Peminat Akira Toriyama dari serata dunia berhimpun pada hari kematiannya.
Namun, sehingga kini legasinya tidak akan pernah dilupakan apabila Dragon Ball kekal menjadi salah satu komik anime paling digilai ramai bukan sahaja golongan kanak-kanak, malah dewasa turut meminatinya.
Pun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa Akira sebenarnya mengalami masalah disleksia sejak dari kecil.
Kekurangan itu mengakibatkan dia mengalami gangguan pembelajaran dan sukar untuk membaca, menulis dan bertutur di khalayak ramai.
Merupakan penyakit genetik keturunan, zaman kanak-kanak Akira juga dikatakan sangat mencabar kerana berdepan tekanan daripada masyarakat umum yang memandang rendah padanya.
Namun, kariernya sebagai seorang pelukis komik mula tercipta pada usia 23 tahun apabila pencipta anime Astro Boy, Osamu Tezuka memuji bakat semula jadi dimiliki Akira.
Sejak dari itu, kehidupannya berubah 100 peratus apabila karyanya, Dragon Ball terjual laris di Jepun dan mula menembusi pasaran luar negara pada 1996.
Meskipun pernah merancang untuk mengundur diri dari dunia anime, perkara itu tidak menjadi realiti susulan popularitinya terlampau mendadak dan dikatakan menjejaskan ekonomi Jepun sekiranya komik manga itu dihentikan.
Untuk rekod, filem adaptasi komik Dragonball Evolution (2009) berjaya merekodkan kutipan tertinggi dalam sejarah penerbitan anime apabila mengutip sebanyak A$55 juta (RM240 juta) dari serata dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram