‘Salam tunangku’, Eyka Farhana-Akhyar Rashid sah bertunang, dijangka menikah tahun depan


  • Hiburan
  • Isnin, 04 Nov 2024

Eyka Farhana dan Akhyar Rashid sah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos lalu.

PELAKON Eyka Farhana sah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Akhyar Rashid dalam sebuah majlis tertutup diadakan pada Ogos lalu.

Dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat, pasangan dua sejoli itu mengenakan pakaian sedondon berwarna 'nude' berlatar belakangkan pelamin yang indah dihiasi bunga.

Berkongsi detik gembira itu di laman Instagram masing-masing, pasangan tersebut difahamkan sudah melangsungkan majlis berkenaan pada 4 Ogos lalu berdasarkan tarikh tertera pada kek hantarannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aku terlalu banyak dosa, kesempitan,' Shuib kongsi pengalaman kucup multazam ketika kerjakan umrah

Majlis pernikahannya dijangka bakal dilangsungkan pada tahun depan namun tarikh rasminya masih belum dikongsikan kedua-dua pasangan tersebut setakat ini.

Untuk rekod, pelakon filem Polis Evo 3 itu difahamkan sudah lama menyulam cinta dengan bintang Harimau Malaya berkenaan sejak tiga tahun lalu dan kini sah bertunang selepas kerap ditanya soal status hubungan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram