KERAP ditanya soal anak, pelakon popular Janna Nick, 29, atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner mendedahkan dia dan suaminya pernah menjalani ujian rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan ataupun ketidakstabilan hormon seperti dakwaan ramai, Janna berdepan tekanan teruk akibat tuduhan dilemparkan kepadanya.
Turut mengamalkan amalan tradisional dan pesanan orang tua-tua zaman dahulu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu membongkar dirinya pernah meminta rakan selebriti iaitu Nabila Razali untuk memijak ibu jari kakinya sebagai petua mendapatkan anak.
BACA LAGI: [VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye
BACA LAGI: [VIDEO] Sedih berjauhan dengan anak, DSV reda Cik B sambung belajar di Barcelona
"Orang beri saya petua suruh ibu mengandung pijak jari kaki, ya saya ada suruh Nabila Razali pijak jari kaki saya. Saya sangat terdesak nak anak.
"Nak dapatkan anak ni, adalah kerja ALLAH dan bukan kerja kita.
"Kami dah buat macam-macam yang terbaik untuk dapatkan anak. Bila orang tanya saya bila nak ada anak, saya pun tak tahu nak jawab apa. Saya pun tanya kepada ALLAH bila saya boleh dapat anak," katanya menerusi hantaran di TikTok pada Selasa.
@jannanickofficial stop asking/ assume/ give negative comments. #ttc #ttcjourney ♬ original sound - jannanick95
Dalam pada itu, Janna turut menafikan dakwaan mengatakan dia dan suaminya, Dini Schatzmann, 30, mengalami masalah kesuburan.
Katanya, keputusan ujian IVF membuktikan mereka tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan dan kedua-duanya normal.
"Macam-macam ujian kami dah buat dan bulan 10 genap setahun saya buat rawatan IVF tapi gagal. Saya dan Dini tahu keadaan kesihatan kami.
"Keputusan IVF kami normal tapi belum ada rezeki untuk dapat anak jadi saya minta sangat orang di luar sana berhenti tanya soal anak.
"Saya pun kurangkan kerja dan tak ambil kerja yang makan masa yang panjang sebab saya nak ubah cara hidup, kerja dan pemakanan," tambahnya.
Terdahulu, kedua-duanya mula mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 di Masjid A'ishah Sungai Menghulu, Langkawi, Kedah.
Masih bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air, Janna dan Dini Schatzmann merupakan antara pasangan pelakon romantis disukai ramai selain kerap berkongsi kisah percintaan mereka di laman sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram