ANAK jutawan kosmetik popular negara, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, atau lebih dikenali sebagai Cik B dikhabarkan melanjutkan pelajaran di Barcelona, Sepanyol.
Perkara itu dikongsikan ibunya, Dato Seri Vida (DSV) menerusi perkongsian di laman TikTok pada Isnin, yang turut bersama mengiringi Cik B ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak perempuannya, DSV bagaimanapun reda dengan keputusan itu demi pendidikan anaknya.
BACA LAGI: KRU buat 'comeback', bakal lancar album Kaset dan konsert jelajah
"Sedihnya kena berpisah dengan Cik B, tapi tak apa untuk masa depan anak mama sayang hebat." katanya.
Difahamkan, usahawan kosmetik dan anak lelakinya, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, 17, ataupun Kacak, turut berangkat ke Sepanyol untuk melihat lokasi dan penempatan Cik B di sana.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Cik B, remaja berkenaan dilihat menaiki pesawat peribadi mewah untuk ke tempat belajarnya dan difahamkan telah memulakan kelas pengajian pertamanya pada Selasa.
Pengguna media sosial membanjiri ruang komen hantaran itu dan rata-rata teruja dengan keputusan dibuat oleh pempengaruh tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram