[VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye


  • Hiburan
  • Selasa, 15 Okt 2024

Tya Arifin (kiri) mendedahkan pernah mengalami keguguran sebelum hamil anak ketiganya.

PERNAH mengalami keguguran tidak menghalang pelakon Tya Arifin, 29, untuk terus merealisasikan impiannya memiliki tiga anak sebelum usianya mencapai angka 30.

Jelasnya, dia dan suaminya, Asyraf Khalid, 32, sebelum ini berdepan kesukaran apabila pernah kehilangan cahaya mata ketika pulang dari bercuti di Turkiye awal Januari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Sedih berjauhan dengan anak, DSV reda Cik B sambung belajar di Barcelona

BACA LAGI: [VIDEO] Mencari Alasanmu dianggap lagu 'resign', mungkin ada kaitan isu peribadi Lukhman S — Ezad Lazim

"Sebenarnya pada saat bercuti dengan anak-anak tahun lalu, Tya sudah hamil tapi tak tahu. Patutlah masa tu bila berjalan kaki biasanya larat, tapi (kali ini) rasa cepat penat.

"Jadi semasa di Turkiye, Tya saja periksa kerana period date lambat, jadilah video ini untuk kenangan.

"Ya, Tya mengalami keguguran saat pulang ke Malaysia, jadi Tya faham perasaan ibu yang juga mengalami keguguran," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.

Tambahnya, video tersebut kini dijadikan sebagai satu kenangan manis dan pelakon kelahiran Indonesia itu kini sangat bersyukur apabila sekali lagi diberi rezeki untuk mengandung semula selepas keguguran tempoh hari.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga menerusi satu video di laman Instagram.

Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram