PASANGAN pelakon Diana Danielle, 32, nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil, 43, selepas setahun mereka kembali merujuk.
Peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak sebulan lalu dan Farid telah diarah keluar dari kediaman tersebut.
Menafikan dakwaan Farid yang sebelum ini menjelaskan masih tinggal bersama isterinya, Akberdin berkata, kenyataan itu dibuat tanpa sebarang persetujuan dengan anak guamnya.
BACA LAGI: Diana Danielle bagi notis keluar rumah, 'ketawa besar' dengar janji Farid Kamil
Akberdin Abdul Kader ketika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
"Rumah itu memang milik Diana Danielle, mereka dah tak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.
"Rumah itu pun memang milik Diana Danielle dan kenyataan dibuat Farid sama sekali adalah tidak benar,” katanya.
"Ini merupakan permohonan cerai buat kali kedua dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes cerai pada 20 November ini," katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Akberdin berkata, tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara alasan Diana memfailkan permohonan cerai sekali lagi terhadap Farid.
"Kita sudah bincang perkara ini sebulan yang lepas sebelum Diana meminta saya bersiap sedia untuk memfailkan permohonan cerai.
"Permohonan cerai yang dibuat oleh Diana untuk kali kedua ini atas alasan Diana tidak boleh lagi hidup bersama dengan Farid, tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan atau pergaduhan yang tidak boleh dibaiki,” katanya lagi.
Katanya, permohonan itu akan diserahkan kepada Farid selaku defendan dan pelakon utama filem ‘Anwar: The Untold Story’ dengan dia perlu hadir pada tarikh berkenaan.
Terdahulu, Diana dan Farid pernah berhadapan keretakan rumah tangga berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula sebulan kemudian.
Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia sembilan tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram