[VIDEO] Cubaan wanita potong tak lepas nyaris ragut nyawa pemandu Proton Wira di Jambatan Syed Omar


  • Tular
  • Khamis, 25 Jan 2024

Tangkap layar kejadian pemandu kereta jenis Proton Wira tersepit sebelum digegaskan ke HSAS pada malam Rabu.

SEORANG pemandu kenderaan jenis Proton Wira nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, Kedah pada pukul 12.22 pagi Khamis.

Menurut saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Sys, kemalangan itu berpunca daripada tindakan pemandu kereta Perodua Viva yang cuba memotong kereta dinaiki mangsa tetapi tidak berjaya.

"Perodua Viva itu nak potong tapi tak lepas, jadi terlanggarlah kereta depan dia.

"Yang bawa kereta Viva itu perempuan, yang bawa kereta Wira itu pula lelaki, nasib tak ada bawa penumpang," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Bakal bergelar ibu? Fahami ilmu penyusuan ibu mengikut pakar perubatan

Dalam pada itu, pemandu wanita dan lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dengan menggunakan ambulans untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, wanita tersebut mengalami patah tangan manakala mangsa lelaki yang tersepit itu pula mengalami patah pada bahagian paha.

Turut dilihat, cermin kereta Wira itu pecah manakala keadaan kedua-dua kenderaan terbabit remuk selepas terlibat dalam kemalangan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kawasan itu merupakan kawasan tumpuan yang sering terjadinya kemalangan.

"Kerap kemalangan area Kuala Ketil," tulis Malik Seberang.

"Jalan gelap pun bawa kereta serupa nak lari dari neraka jadi macam itu lah," tulis Ymer Eim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram