PELAKON dan pelawak terkenal, Shuib, 40, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkongsi detik berharga apabila berpeluang mengucup Multazam ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.
Menganggap kedatangannya kali ini cukup berbeza, senyuman manis terukir di bibirnya sebaik berjaya merebut tempat ke salah satu kawasan mustajab berdoa tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers
"Aku datang dengan penuh harapan dan doa, datang untuk mengadu kasih pada mu Ya ALLAH, terlalu banyak masalah dan kesempitan yang dilalui dan aku terlalu banyak dosa Ya ALLAH.
"Ampun aku Ya ALLAH, makbulkan segala doa-doa ku Ya ALLAH," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.
Dalam pada itu, beberapa artis dan usahawan tanah air turut tidak ketinggalan meninggalkan komen dan berdoa agar segala keluhan Shuib didengari dan dimakbulkan.
"Mesti puas kau berdoa kan Eib? Ni senyuman kau yang paling manis aku pernah nampak, semoga ALLAH makbulkan rintihan hambanya," kata Ajak.
"Alhamdulillah. Kita yang tengok tumpang rasa bertuah, bersyukur, semua kawasan Multazam Shuib dapat, moga segala doa makbul," ujar Dato Seri Vida.
"Masya-ALLAH sampai ke sini rasa indahnya itu," tambah fara.elfda.
Terdahulu, Shuib menyentuh hati orang ramai apabila memuat naik foto mengimbau kenangannya menunaikan umrah bersama Allahyarham Siti Sarah sekitar enam tahun lalu.
Menerusi hantaran sama, Shuib turut berkongsi foto bersama isterinya, Watie Hanafiah ketika berada di Jabal Rahmah yang juga merupakan antara momen pernah dirakamkan bersama Siti Sarah sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram