USAHAWAN fesyen terkemuka, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd.
Keputusan itu dibuat susulan konflik dihadapi pihak Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Khazanah Nasional Bhd yang didakwa berdepan kerugian sebanyak RM43.9 juta selepas menjual saham kepada platform tersebut.
Pelaburan yang menelan kos RM3.1 juta itu walau bagaimanapun gagal digunakan sebaik mungkin ekoran tiada perancangan rapi dibuat dalam perniagaan.
BACA LAGI: Terima ucapan penghargaan PM New Zealand, Khairul Aming jadi pilihan pegang jawatan Exco Pelancongan
Vivy dan suaminya, Fadzarudin Shah meletak jawatan sebagai pengasas bersama Fashion Valet.
"Kami melabur besar dalam teknologi kami sendiri, menambah kakitangan dengan terlalu cepat dan membuka terlalu banyak kedai runcit.
"Kami membuat kesilapan dengan memperbesar syarikat dengan jangkaan pertumbuhan berterusan dan apabila pandemik Covid-19 melanda, kami kecundang.
"Walaupun kami cuba mengurangkan kos bagi menjimatkan aliran tunai termasuk menutup platform e-dagang kami, situasi semakin teruk," kata Vivy menerusi kenyataan di Instagram pada Jumaat.
Turut terkesan dengan isu terbabit, golongan peniaga khususnya daripada kelompok B40 menggesa agar pihak PNB dan Khazanah Nasional memberi peluang kepada pelopor industri yang lebih berpotensi.
Antara nama yang disebut sesuai mendapat dana dan pelaburan bajet besar adalah pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang kini semakin berkembang pesat dalam dunia perniagaan.
"Sudah sampai masanya Khazanah dan PNB melabur pada produk Khairul Aming, tolong lebarkan produk dia sampai ke luar negara. Insha-ALLAH tak rugi sebab dia bukan golongan yang suka pamer kekayaan," kata Nor Aziezah.
"Aku lagi tabik pada peniaga yang tular baru-baru ini dia bagi gaji pekerja RM2,000 dan ada bonus sebulan, tak perlu usung beg mewah nak nampak gah tapi bagi manfaat yang tak ternilai pada orang sekeliling," ujar Hairin.
"Dengan bisnes tak tentu arah, gaya hidup mewah tapi otak bukan pandai bisnes, elok bagi Khairul Aming sekurang-kuragnya dia bawa nama negara dan pandai hargai pekerja dia," tambah Haris Yusnan.
Untuk rekod, Khairul mencuri tumpuan apabila menerima surat penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon pada September lalu.
Lebih dikenali dengan siri video memasak di bulan Ramadan berjudul '30 hari 30 resepi', pempengaruh itu kini beralih ke video masakan sambil melancong dan akan meneruskan siri jelajahnya ke Oman selepas menerima tawaran daripada negara itu baru-baru ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram