[VIDEO] Pamer skil berlagak, pemandu trak selamba masuk parkir mengundur tanpa pegang stereng


  • Benua
  • Ahad, 03 Nov 2024

Tangkap layar seorang pemandu trak memasuki ruang parkir secara mengundur tanpa memegang stereng kenderaan tersebut.

KEMAHIRAN seorang pemandu trak yang memasuki ruang parkir secara mengundur tanpa memegang stereng meraih pujian ramai.

Dipercayai merupakan salah seorang penuntut di pusat latihan memandu trak dekat Amerika Syarikat, individu terbabit mempamerkan skil tersendiri apabila hanya memandu dari luar kenderaan muatan berat itu.

Tidak menekan minyak mahupun menghidupkan enjin, lelaki berbaju kelabu dan berseluar hitam itu hanya memutar stereng trak berkenaan dari luar sambil berjalan perlahan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak perasan diam-diam duduk belakang meja makan, ahli kongsi gelap maut ditembak gengster Turkiye depan mata kekasih

BACA LAGI: Imam masjid jatuh tercampak, tak perasan terlanggar bonggol tidak berwarna di Pulau Pinang

Kejadian yang berlaku pada 2022 itu kembali hangat diperkatakan di laman X pada Ahad dan rata-ratanya amat mengagumi skil dimiliki lelaki berkenaan.

"Dia merupakan pemandu trak terbaik dunia pernah saya lihat, macam mana dia boleh begitu yakin masuk parkir dengan cara itu," kata scubaryan.

"Macam mana dia belajar buat macam itu, parkir mengundur tanpa tekanminyak, dia memang profesional dalam memandu trak," ujar FelixBro.

"Lelaki ini memang berbakat dan hebat, mesti dia dah berpuluh tahun memandu trak, senang nak masuk parkir kalau ada skil macam itu," tambah ShahofKingz.

Difahamkan, situasi itu merupakan keadaan lelaki tersebut sedang mengikuti kelas memandu trak di pusat latihan tersebut.

Namun, video itu sengaja dirakamkan oleh salah seorang penuntut di situ yang kemudiannya meraih perkongsian ramai di laman sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram