[VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers


  • Hiburan
  • Isnin, 21 Okt 2024

CSE Buskers merupakan antara kumpulan pemuzik jalanan terkemuka yang diminati ramai.

MULA berkecimpung dalam dunia muzik sejak di bangku sekolah, sebuah kumpulan pemuzik jalanan digelar CSE Buskers kini semakin mencipta nama menerusi persembahan unik dan kelainan persembahan dibawakan.

Sentiasa menghiburkan peminatnya di sebuah restoran terkemuka dekat Pekan, Pahang, jadual CSE Buskers padat dengan undangan persembahan majlis kahwin dan acara VIP setiap hujung minggu.

Menariknya, kumpulan muzik jalanan itu sentiasa tampil unik dalam setiap persembahan apabila menggabungkan pelbagai genre dalam sesebuah lagu.

BACA LAGI: [VIDEO] Guru vokal berbangsa India minat gila TokTi, dilabel pengganti Jaclyn Victor

BACA LAGI: [VIDEO] Mencari Alasanmu dianggap lagu 'resign', mungkin ada kaitan isu peribadi Lukhman S — Ezad Lazim

“Kami memang main pelbagai variasi lagu dan genre yang berlainan, tapi semua itu tak dirancang dan terjadi secara spontan.

“Kelebihan CSE Buskers kita nak penonton terhibur dalam pada masa sama seronok dengar persembahan kami yang mungkin pelik daripada yang lain.

“Itu yang sampai macam-macam muzik kita main, lagu kahwin Di Renjis-Renjis kita jadikan rock, pop, metal pun boleh,” kata Saiyid Haidir kepada Majoriti.

Merupakan pemain gitar bass CSE Buskers, Saiyid menjelaskan bahawa kesemua ahlinya mempunyai tali persaudaraan keluarga dan merupakan bekas kumpulan nasyid di Pekan pada 2009.

Masih mengekalkan muka sama sejak sekolah menengah, idea penubuhan CSE Buskers tercetus selepas tamat persekolahan di tingkatan lima.

“Dulu kami bermula sebagai kumpulan nasyid dan layak ke peringkat kebangsaan pada 2009, lepas tu masing-masing ada minat sama jadi tercipta la idea nak jadi busker.

“Sebab itu kalau tengok vokalis kami dia boleh masuk dengan pelbagai genre, lenggok nyanyian dia ada ‘basic’ nasyid, maka semua pun boleh dinyanyikan.

“Kadang-kadang penonton yang minta dan ‘request’ genre pelik-pelik, tapi kebanyakannya terjadi secara spontan,” tambahnya.

412915609_854944309965877_2084105131632555460_n

CSE Buskers terdiri daripada empat ahli pemuzik.

Turut berkongsi cerita bersama Majoriti, CSE Buskers sebelum ini pernah ditawarkan sebuah lagu dari syarikat rakaman muzik terkemuka tempatan namun, terpaksa ditolak atas faktor tertentu.

Ujarnya, keputusan itu dibuat selepas kesemua anggota kumpulannya sebulat suara mahu mengekalkan identiti sebagai pemuzik jalanan berbanding artis arus perdana.

Fokus CSE Buskers ketika ini difahamkan hanya mahu menumpukan kepada karier pemuzik jalanan namun, tidak menolak untuk terjun ke bidang tersebut jika tiba masanya satu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram