[VIDEO] Mencari Alasanmu dianggap lagu 'resign', mungkin ada kaitan isu peribadi Lukhman S — Ezad Lazim


  • Hiburan
  • Isnin, 14 Okt 2024

Ezad Lazim merupakan antara vokalis yang pernah menganggotai kumpulan Exists.

PERNAH mencetuskan fenomena satu ketika dahulu, lagu Mencari Alasanmu nyanyian Ezad Lazim dari kumpulan Exists kembali menjadi siulan ramai baru-baru ini.

Ia susulan perkongsian semula lagu itu di laman sosial kebelakangan ini dengan liriknya dikatakan ada kena mengena dengan isu kemelut di tempat kerja.

Seolah-olah menggambarkan isu tekanan dan stres dihadapi seorang individu, Ezad memang tidak menafikan tanggapan tersebut.

BACA LAGI: 'Terpulang pilih cara halal atau haram', Kidd Santhe hati kering, tak masuk akal sokong 'Polis Evo' tapi gam 'Penjenayah'

BACA LAGI: KRU buat 'comeback', bakal lancar album Kaset dan konsert jelajah

Tanpa berselindung, Ezad mengakui sudah lama mengetahui kisah di sebalik lirik lagu tersebut, selain tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pengalaman peribadi penulis liriknya, Lukhman S di tempat kerja lamanya sebelum ini.

"Kisah itu dah lama sebenarnya waktu saya mula-mula masuk dalam industri dulu, saya ada dengar-dengar katanya si Lukhman S ni ada masalah dengan tempat kerja lamanya.

"Dia tersekat dekat tempat lama tu jadi dia 'resign' dan sebelum tu dia sempat buat lirik, dan lirik itulah lagunya yang terhasil Mencari Alasanmu, jadi ia mungkin ada kena mengena dengan isu itu.

"Saya tak menidakkan tapi saya mengiyakan yang Mencari Alasanmu ada kena mengena dengan isu tempat kerja, dia ada masalah dan 'resign' dari situ," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Ezad turut mendedahkan bahawa kesemua lirik lagu ditulis Lukhman S pada zaman tersebut kebanyakannya mirip seperti kisah dalam Mencari Alasanmu, yang menurutnya mungkin satu kebetulan ataupun pesanan ingin disampaikan daripada individu tersebut.

"Kalau tengok semula beberapa lirik lagu dihasilkan pada zaman itu, semuanya hampir sama yang membawa maksud seperti tidak dihargai, kisah kekecewaan, patah hati yang serupa macam Mencari Alasanmu.

"Jadi saya tak menolak yang lagu itu ada kaitan dengan isu Lukhman S dekat tempat kerja lamanya dan dia berhenti dari situ," tambahnya.

Selain muncul dengan single terbaharu Rindu Hatiku Rindu, Ezad sebelum ini pernah menyertai rancangan realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) musim ke-10 pada 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram