BINTANG K Pop popular yang juga merupakan anggota Blackpink, Lisa, 27, mencetuskan revolusi baharu dalam industri muzik Amerika Syarikat (AS) menerusi karier solonya.
Tidak lagi berselindung di sebalik populariti Blackpink, penyanyi kelahiran Thailand itu mengambil langkah berani apabila menggabungkan genre rap yang dilengkapi vokal serta tarian bertenaga di atas pentas.
Terbaharu, lagu Moonlift Floor yang dilancarkan awal Oktober lalu itu menerima sambutan hangat bukan sahaja peminat K Pop, malah pendengar dari serata dunia cukup meminati rentak pop tersebut.
BACA LAGI: Lagu APT Rose Blackpink-Bruno Mars didakwa bawa unsur lucah, tak sesuai untuk kanak-kanak
BACA LAGI: Tayangan perdana di Belanda, Mencari Ramlee tersenarai ke Festival Filem Rotterdam
Tampil kelainan berbanding dua single terdahulu iaitu Rockstar dan New Woman, lagu yang mendapat sentuhan komposer terkemuka AS, Ryan Williamson dan Matt Slocum itu berjaya menduduki carta teratas muzik hit Amerika.
Namun, bahagian korus lagu tersebut dikatakan mirip sebuah lagu popular era 1998, Kiss Me nyanyian kumpulan Sixpence None The Richer.
Meskipun populariti kumpulan itu kian merudum, namun bagi peminat muzik yang pernah mengenalinya pasti sinonim dengan rentak serta lirik Lisa yang dikatakan serupa dengan lagu tersebut.
Pun begitu, Lisa ataupun nama sebenarnya, Lalisa Manobal tidak menafikan perkara itu.
Katanya, lirik korus dan rentak lagu tersebut sememangnya ditambah baik daripada lagu Kiss Me yang satu ketika dahulu cukup diminatinya sewaktu di zaman remaja.
Menyampaikan mesej tentang percintaan di kota London, Paris, Moonlift Floor difahamkan merupakan sebahagian daripada pengalaman dan kisah percintaan Lisa dengan kekasihnya, Frederic Arnault.
Turut mendapat maklum balas daripada vokalis Sixpence None The Richer iaitu Leigh Nash, dia sangat gembira kerana lagunya diberi nafas baharu dan kembali didengari generasi terkini.
Leigh Nash (Lead singer of Sixpence None The Richer) IG update:
“It is truly humbling to see our song reaching an entirely new generation. Lisa did a great job with this version. As we head out on tour this fall we’re excited to meet some of this new generation of “Kiss Me”... pic.twitter.com/NJpJlGW8pQ
— LALICE UPDATES (@LaliceUpdates) September 30, 2024
"Sangat gembira melihat lagu ini memasuki generasi baharu, Lisa melakukan satu perkara yang sangat hebat dalam versi nyanyiannya.
"Kami teruja untuk bertemu dengan peminat lagu Kiss Me versi moden itu," ujarnya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.
Untuk rekod, Kiss Me dilancarkan pada 12 Ogos 1998 dan berjaya menduduki tempat kedua dalam carta Billboard Hot 100 pada tahun tersebut.
Lagu album studio ketiga Sixpence None The Ritcher itu kemudiannya berjaya mencapai jualan keenam terlaris di AS pada 1999. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram