SUDAH menjadi kelaziman buat pasangan suami isteri dilanda konflik dan perbalahan dek kerana persefahaman yang baru terbentuk selepas perkahwinan.
Namun, perkara itu boleh dianggap sebagai asam garam rumah tangga yang juga tidak terlepas daripada dugaan.
Bak kata ungkapan orang ramai, suami isteri mana tak pernah bergaduh, maka setiap pasangan itu perlulah sentiasa bertoleransi dalam perkahwinan.
BACA LAGI: Tayangan perdana di Belanda, Mencari Ramlee tersenarai ke Festival Filem Rotterdam
Terbaharu, pesanan pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 70, terhadap pasangan suami isteri meraih perkongsian ramai di laman sosial.
Menasihatkan agar para suami sentiasa menghargai isteri dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai ketua keluarga, kata-katanya jelas menusuk ke dalam hati.
"Kepada suami di luar sana, jasa dan pengorbanan isteri ni besar sebenarnya berganda-ganda daripada kita.
"Kita bagi sedikit kasih sayang dia balas lebih daripada itu, jadi kepada suami di luar sana jangan lah ambil mudah, faham perasaan isteri.
"Jangan sampai mereka hilang kepercayaan pada kita, bila orang perempuan ni hilang percaya dia nampak buruk," katanya.
Video temubual itu dihujani pelbagai komen warganet yang rata-ratanya cukup terkesan dan mengambil iktibar daripada nasihat tersebut.
"Memang hormat dengan sifat budiman Tok Jalal ni, nampak dari gaya dia memang seorang yang sangat hormat dan sayangkan isteri," ujar Fika Ibrahim.
"Mendalam maksud Tok Jalal, bila perempuan hilang kepercayaan dia nampak buruk," kata Liza Idris.
"Kalau la semua suami macam ni, mesti tak akan ada isu perceraian, keganasan rumah tangga, tapi sayangnya ,asih ramai yang tak sedar kepentingan seorang isteri," tambah Aniq Jasin.
Untuk rekod, Jalaluddin bertemu jodoh sekali lagi dengan Datin Rapidah Abdul Ghani pada 2017, selepas setahun pemergian isteri pertamanya.
Keputusan itu dibuat atas nasihat diberikan bapanya yang juga merupakan seorang agamawan iaitu Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram