"SAYA sudah beri notis untuk dia pindah rumah secepat mungkin".
Demikian kenyataan balas dibuat pelakon, Diana Danielle, 32, berhubung dakwaan suaminya, Farid Kamil yang sebelum ini menjelaskan hubungannya masih kekal baik seperti biasa.
Tampil menafikan perkara itu, Diana difahamkan enggan lagi tinggal sebumbung dengan suaminya dan akan melalui proses perceraian secepat mungkin.
BACA LAGI: Pelakon Que Haidar, Linda Jasmin sah cerai talak satu lepas 15 tahun perkahwinan
"Kami tidak bercakap di telefon semalam dan saya sudah beri notis dalam WhatsApp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui process perceraian.
"Saya tak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku dan saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati," katanya menerusi InstaStory pada Khamis.
Dalam pada itu, Diana menerusi hantaran berasingan memberi bayangan tidak akan terpengaruh lagi dengan pujukan rayu daripada suaminya.
Secara sinis mentertawakan kenyataan dibuat Farid sebelum ini, pelakon filem Imaginur itu dipercayai enggan berpaling daripada keputusannya untuk terus memfailkan perceraian.
Perkongsian InstaStory Diana Danielle pada Khamis.
Terdahulu, Farid menjelaskan kemelut yang melanda rumah tangganya hanyalah berpunca daripada perselisihan faham kecil.
Katanya, dia akan terus berusaha memperjuangkan rumah tangganya dan memohon doa orang ramai agar isu tersebut dapat diselesaikan secara baik.
Kedua-dua pasangan pelakon itu sebelum ini pernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu dan kembali rujuk selepas sebulan berpisah.
— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram