KONTROVERSI lagu bertajuk 'APT' nyanyian Rose Blackpink baru-baru ini hangat diperkatakan susulan dakwaan liriknya yang mengandungi unsur lucah dan negatif yang dikatakan tidak sesuai didengari oleh kanak-kanak.
Lebih mengejutkan apabila sebuah laman portal hiburan Korea Selatan iaitu Koreaboo, mendakwa lagu tersebut telah dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kecaman di negara ini.
Tampil menjelaskan isu tersebut, KKM menafikan Kerajaan Malaysia ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut.
BACA LAGI: Lagu APT Rose Blackpink-Bruno Mars didakwa bawa unsur lucah, tak sesuai untuk kanak-kanak
KKM menerusi satu kenyataan di laman X pada Selasa menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
"Sehubungan itu, KKM ingin menegaskan bahawa penyiaran itu dibuat oleh sesuatu entiti yang tidak mempunyai sebarang jabatan dengan kementerian.
“Sila berhati-hati dengan maklumat yang tidak disahkan kerana berlegar dalam talian, ia boleh menyebabkan kekeliruan dan salah dalam kalangan orang awam.
"Oleh itu, kementerian menggalakkan orang ramai untuk bergantung pada saluran rasmi KKM bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini perkara berkaitan kesihatan awam," katanya.
Terdahulu, portal Koreaboo menerbitkan sebuah artikel yang mendakwa lagu APT dikecam oleh KKM.
Namun, portal tersebut dipercayai memetik kenyataan itu daripada perkongsian Facebook, Public Health Malaysia yang sebenarnya bukan sebahagian daripada KKM. - Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram dan Telegram