ISU keretakan rumah tangga khususnya dalam kalangan artis tanah air kerap menghiasi dada akhbar kebelakangan ini.
Malah, hal itu bertambah buruk apabila ada segelintir pihak tampil menyebar aib di laman sosial yang kemudiannya mencetuskan kecaman warganet.
Lantang bersuara berkaitan hal itu, pengarah dan pelakon terkemuka, Michael Ang, 54, menggesa agar orang ramai tidak terpengaruh dengan budaya buli siber yang berlarutan baru-baru ini.
BACA LAGI: Diana Danielle bagi notis keluar rumah, 'ketawa besar' dengar janji Farid Kamil
BACA LAGI: Pelakon Que Haidar, Linda Jasmin sah cerai talak satu lepas 15 tahun perkahwinan
Katanya, isu membuka aib dan perceraian kebanyakannya sekadar rekaan semata-mata dan boleh membawa padah kepada diri sendiri.
"Berhenti buat marketing bodoh di media sosial dan kita sebagai netizen kena lebih pandai menilai apa yang terbaik dan buruk.
"Jaga-jaga la apa yang kita nak komen, nanti menyesal tak sudah," katanya di laman Instagram pada Khamis.
Dalam pada itu, Michael turut memetik drama arahannya, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi sebagai contoh terdekat yang boleh dijadikan pengajaran.
Jelasnya, naskhah tersebut membawa nilai pengajaran yang sangat dekat dengan realiti kehidupan hari ini.
"Tengok je cerita baru aku tu dekat Astro dan korang semua akan faham maksud aku, takkan nak sampai tahap tu baru nak sedar.
"Aku pun tak nak mulut aku masin, jadi fikir-fikirkan la ya," tambahnya.
Untuk rekod, industri hiburan negara baru-baru ini digemparkan dengan berita perceraian beberapa artis terkenal seperti pasangan pelakon Fattah Amin-Fazura, Kaka Azraff, Emma Maembong dan terbaharu Diana Danielle yang memfailkan perceraian buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram