BINTANG filem Kollywood, Thalapathy Vijay, 50, mengumumkan untuk meninggalkan karier lakonannya demi berbakti kepada dunia politik.
Menubuhkan parti Tamaliga Vettri Kazhagam (TVK), pelakon popular itu mengumumkan perkara berkenaan dalam satu ucapan perhimpunan diadakan pada Ahad lalu.
Dihadiri lebih 8,000 penyokong dari serata negeri Selatan India, Vijay meluahkan hasratnya untuk bersaing secara serius menerusi parti politiknya khususnya bagi kawasan di Tamil Nadu.
BACA LAGI: ‘Akulah Sang Mantan’, bekas vokalis Nidji dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
BACA LAGI: Suami pelakon jelita Indonesia, Pevita Pearce rupanya anak usahawan tersohor Malaysia
Berslogan 'satu kasta, satu Tuhan', Vijay menekankan elemen kesaksamaan dengan kesemua ahli danpenyokongnya akan diberikan layanan sama rata.
Katanya, partinya memberi penghormatan kepada pemimpin wanita seperti Velu Nachiyar dan pejuang kemerdekaan Anjalai Ammal sebagai ikon, sambil menegaskan mereka juga akan kekal menjadi inspirasinya.
Tegas menentang parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) yang kini memerintah Tamil Nadu, Vijay mendakwa parti tersebut telah mengeksploitasi segala kekayaan Tamil Nadu.
Menafikan tanggapan segelintir pihak yang meragui penampilannya dalam kancah politik, Vijay menjadikan Maruthur Gopalan Ramachandran (MGR) dan Nandamuri Taraka Rama (NTR) yang sebelum ini juga merupakan antara pelakon berjaya meraih tempat dalam politik.
"Mereka juga merupakan pelakon terkenal namun berjaya memerintah negeri, sama seperti mereka, saya juga akan menakluki Tamil Nadu.
Ucapannya itu secara tidak langsung menandakan satu kemunculan baharu sebagai parti politik terkuat dalam sejarah Tamil Nadu baru-baru ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram