PELAKON popular, Diana Danielle, 32, sekali lagi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil, 43, susulan kenyataan dibuat di Instagram pada Isnin.
Terbaharu, perkongsian lirik lagu di InstaStory Diana seolah-olah memberi gambaran pihak ketiga sebagai punca keretakan rumah tangganya.
Hal itu sekali gus merungkai pertikaian yang berlaku antara kedua pasangan pelakon itu apabila Farid Kamil sebelum ini pernah didakwa curang dengan wanita lain.
BACA LAGI: Pelakon Que Haidar, Linda Jasmin sah cerai talak satu lepas 15 tahun perkahwinan
Hantaran InstaStory Diana Danielle dipercayai ada kaitan dengan kemelut rumah tangganya.
Terdahulu, pelakon filem Imaginur itu mengambil untuk berpisah secara rasmi dengan suaminya dan akan memfailkan penceraian.
"Tidak, saya tidak akan menjelaskan puncanya (fail cerai). Mungkin dia akan menjelaskannya seperti biasa, dengan bunga, cincin dan janji kosong," katanya.
“Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” ujarnya pada Isnin.
Kedua-dua pasangan itu sebelum ini [ernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu danum kembali rujuk selepas sebulan berpisah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram