Pelakon Que Haidar, Linda Jasmin sah cerai talak satu lepas 15 tahun perkahwinan


  • Hiburan
  • Ahad, 27 Okt 2024

Que Haidar dan Linda Jasmine sah cerai talak satu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

PELAKON dan pengarah terkenal, Que Haidar, 45, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar sah bercerai dengan isterinya, Linda Jasmine, 52, pada 2 Julai lalu.

Menurut laporan media, keputusan itu dibuat secara sepakat dari kedua belah pihak demi kebaikan bersama.

Jelasnya, walaupun berpisah, hubungan mereka kekal baik dan bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.

BACA LAGI: 'Tiada lagi netizen kacau saya', Jehan Miskin sudah penat jadi artis, hidup tenang sebagai pengarah komersial

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

photo_2024-10-27_12-31-42

Linda Jasmine dikurniakan dua anak perempuan hasil perkahwinannya bersama Que Haidar.

Dalam pada itu, pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu turut menzahirkan rasa syukur kerana kedua-dua anak mereka, Tengku Ratu Haidar yang berusia 15 tahun dan Tengku Cleopatra Haidar, 12, cukup matang untuk menerima keputusan tersebut.

Tidak menjelaskan secara terperinci punca perceraian mereka, Que mengambil pendirian untuk berdiam diri dan menghormati isu peribadi kedua-dua pihak.

Hasil 15 tahun perkahwinan, Que dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan seorang anak tiri lelaki, Qalif Khan, 24. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram