[VIDEO] Usahawan puji Fattah Amin sopan, 'soft spoken', letak syarat tak nak berjoget sebagai duta


  • Hiburan
  • Selasa, 29 Okt 2024

Fattah Amin kini banyak menerima tawaran sebagai duta produk.

REZEKI pelakon kacak, Fattah Amin, 34, semakin melimpah ruah apabila banyak syarikat perniagaan mahu menjadikannya sebagai duta produk.

Meskipun lebih dikenali di layar perak sebagai seorang selebriti, penampilannya yang sentiasa disenangi ramai membuatkan pelakon itu menjadi rebutan usahawan-usahawan di luar sana yang mahu menjalin kolaborasi bersamanya.

Pun begitu, seorang usahawan kosmetik mendedahkan beberapa syarat ketat diletakkan Fattah sebelum dilantik sebagai duta.

BACA LAGI: Peguam syarie 'team' Fattah, perjelas sebab Fazura boleh dihukum hina mahkamah

BACA LAGI: ‘Itu semua fitnah, tohmahan mengaibkan saya’, Fattah cabar Fazura kemuka bukti, nafi dakwaan abai nafkah

Jelasnya, prinsip utama Fattah sebagai duta sesebuah produk adalah, dia mestilah berpuas hati dengan keberkesanan barangan yang dijual selain enggan berjoget demi melariskan jualan di laman sosial.

"Dia setuju tapi bersyarat. Yang pertama, tak boleh jual mahal, okay saya boleh terima. Yang kedua syaratnya, tak boleh video yang joget-joget.

"Kalau nak rekod yang biasa-biasa boleh, tapi kalau nak ajak berjoget tak boleh.

"Itulah syaratnya kalau nak ambil Fattah Amin. Tapi tak mengapa, kami pun bukan nak joget dengan dia. Kita cuma nak jual produk," katanya di laman TikTok pada Selasa.

@rissaskin_hq Apa pun kita ikut la semua yg big boss mahuu hehe #rissaskin #rissaskinxfattahamin ♬ original sound - Rissaskin

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau tersebut turut dipuji ekoran percakapan dan penampilannya yang dikatakan sangat lemah lembut serta sopan walaupun bergelar artis popular.

Fattah difahamkan belum membuat sebarang perjanjian dengan syarikat kosmetik itu kerana mahu mencuba terlebih dahulu produk tersebut sebelum menjadi duta.

"Dia ada berkata, kalau nak buat produk kena pastikan dia suka. Jadi dia cuba rasa dahulu, selepas semuanya okay barulah dia setuju.

"Dia bukan main sebat sahaja dan dia memang suka kopi.Tapi syarat yang dia berikan itu sebenarnya bagus untuk dia.

"Betullah apa orang cakap, dia baik dan dia memang bagus. Semasa bertemu dengan dia, ‘soft spoken’ dan kita tahu apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka," ujarnya.

Terdahulu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh dekat Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor pada 7 Oktober lalu.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram