Peguam syarie 'team' Fattah, perjelas sebab Fazura boleh dihukum hina mahkamah


  • Hiburan
  • Selasa, 08 Okt 2024

Peguam syarie, Hafidzah Hassan (kanan) menjelaskan beberapa perkara berhubung dakwaan penghinaan mahkamah dibuat Fazura.

USAI kes perceraian pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin pada Isnin, ramai pihak termasuk artis dan peminat meninggalkan pendapat masing-masing di laman sosial.

Tidak ketinggalan, seorang peguam syarie, Hafidzah Hassan turut mengulas lanjut berhubung hal itu yang menurutnya, boleh dikategorikan sebagai kes penghinaan mahkamah.

Katanya, seseorang itu boleh dijatuhkan hukuman penghinaan mahkamah apabila membuat kenyataan berdasarkan pengalaman lalu yang boleh mengundang fitnah serta spekulasi ramai.

BACA LAGI: Dakwa curang dan abai anak bertahun lamanya, Fazura-Fattah Amin sah bercerai talak 1

BACA LAGI: ‘Itu semua fitnah, tohmahan mengaibkan saya’, Fattah cabar Fazura kemuka bukti, nafi dakwaan abai nafkah

"Kalau ada orang buat satu kenyataan berdasarkan pengalaman kita, kenyataan yang dibuat akan jadi tajuk media dan mengundang spekulasi, fitnah dan kecaman," katanya pada Selasa.

Terdahulu, peguam tersebut turut menyatakan sokongan penuh terhadap Fattah Amin ekoran kes perceraian yang melanda rumah tangga pelakon itu.

"Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah, maaf (tapi) saya team Fattah Amin," ujarnya.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh dekat Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram