PENYANYI popular Kaka Azraff, 35, dikatakan bercerai talak satu selepas perkahwinan dibina enam tahun itu dilaporkan berakhir di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Menurut laporan Kosmo, memetik sumber yang enggan dikenali, berkata, Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi.
Kaka dan bekas suaminya, Adam Azriff dikatakan berpisah secara baik hak penjagaan ketiga-tiga anaknya dipersetujui secara sepakat.
BACA LAGI: Pelakon Que Haidar, Linda Jasmin sah cerai talak satu lepas 15 tahun perkahwinan
Sementara itu, perkongsian hantaran menerusi InstaStory Kaka pada awal pagi Isnin seolah-olah merungkai kemelut rumah tangga dihadapi penyanyi tersebut.
"Ya ALLAH, kembalikan tumpuanku semula, bantulah aku untuk hanya tertumpu kepada-MU bukannya ciptaan-MU.
"Sisihkan semua sifat angkuh dalam hati ini dan jadikanlan diri ini seorang yang merendah diri, pimpinlah aku ke jalan yang benar dan jangan satukan hati ini dengan sesuatu perkara yang bukan milikku," katanya.
Perkongsian Kaka di InstaStory didakwa ada kaitan dengan status perceraiannya.
Terdahulu, bekas juara Anugerah Juara Lagu ke-35 itu mula mendirikan rumah tangga pada Disember 2018.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram