IMPIAN peminat muzik negara menyaksikan kedatangan penyanyi hip-hop popular, The Kid Laroi tidak kesampaian apabila konsert jelajah Asianya dibatalkan di saat-saat akhir.
Dijadual beraksi di sekitar ibu negara pada 4 November kelak, hal itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila seluruh konsert siri jelajahnya terbatal termasuk di Singapura.
BACA LAGI: Filem Alice in Wonderland pernah diharamkan di AS angkara pengaruh dadah dan tekanan mental
BACA LAGI: Kisah kelainan album baharu Fugo, kisah 99 sifat terpuji, bukan sekadar 'vibe' pop indie
"Peminat saya adalah segala-galanya, saya sentiasa komited untuk memberikan persembahan dan nyanyian terbaik dalam setiap konsert.
"Malangnya, disebabkan keadaan di luar kawalan, maka kami terpaksa membuat keputusan sukar untuk membatalkan jelajah Asia.
"Ini bukan pilihan yang mudah, tetapi saya berjanji akan kembali beraksi di rantau ini tidak lama lagi bersama semua peminat yang disayangi," kata penyanyi kelahiran Australia itu menerusi e-mel balas kepada setiap pembeli tiket.
Dalam pada itu, pihak penganjur konsert, LAMC Productions dan syarikat pengurusan artis Kid Laroi menjelaskan kesemua bayaran tiket akan dipulangkan serta merta.
The Kid Laroi terkenal dengan lagu duetnya bersama Justin Bieber berjudul Stay (2021), yang berjaya menduduki tangga teratas dalam kalangan pengguna Apple Music sedunia pada 2022. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram