[VIDEO] 'Memoir Seorang Guru' alam nyata, Cikgu Al Tarmizi kongsi suka duka pengalaman mengajar di pedalaman Sarawak


  • Tular
  • Isnin, 21 Okt 2024

Tangkap layar seorang guru berkongsi pengalaman mengajar di sebuah sekolah dekat Mukah, Sarawak.

JASA seorang pendidik tidak akan pernah dilupakan malah sentiasa dikenang sampai bila-bila walau 1,000 tahun lamanya.

Bermula di peringkat sekolah, guru bertanggungjawab memberikan pendedahan awal kepada murid terhadap pelajaran sehingga mereka melangkah ke alam universiti.

Tidak dinafikan perkembangan teknologi hari ini banyak membantu sektor pembelajaran dengan fasiliti serba moden namun, kelengkapan itu masih terbatas di kawasan pedalaman yang realitinya jauh daripada pembangunan pesat.

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

BACA LAGI: [VIDEO] Venom tak duduk diam, muncul versi wayang kulit Kelantan selepas batik Malaysia 'mendonia'

Situasi persekolahan di pedalaman Sarawak misalnya antara yang masih pincang dari segala kelengkapan moden.

Hal itu dikongsikan seorang guru yang pernah ditugaskan mengajar di Mukah, Sarawak pada 2022.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran dari segi fasiliti dan pengangkutan ke sekolah, Cikgu Al Tarmizi menganggap ia sebagai pengalaman paling berharga dimiliki sepanjang bertugas di sekolah berkenaan.

Hantaran video dimuat naik menerima maklum balas positif daripada warga maya serta guru yang bertugas di sekolah tersebut.

Malah, segelintir pihak menganggap kisah perkongsian individu itu saling tak tumpah seperti filem Memoir Seorang Guru lakonan Datuk Rosyam Nor yang ditayangkan di pawagam baru-baru ini.

Menggunakan lagu serta suara latar daripada filem berkenaan, video tersebut meraih perkongsian ramai warga maya yang menganggap ia sebagai kisah realiti dihadapi seorang guru.

"Anda seorang yang hebat cikgu, terima kasih kerana telah mendidik anak pedalaman, cikgu begitu terkenal di Sarawak kalah artis, datang la jenguk kami kat Sarawak cikgu," kata ES Ericsson Sony.

"Tahniah cikgu Al Tarmizi, tak semua cikgu dapat pengalaman yang indah seperti ini, pasti dikenang sampai bila-bila," ujar Muhammad Musa.

"Tahniah ustaz anda memang sangat memberi inspirasi kepada semua cikgu lain di luar sana," tambah Shafiq Amin.

Difahamkan, Al Tarmizi kini telah berpindah ke sekolah lain selepas tamat menjalani latihan mengajar selama lebih empat tahun di Sarawak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram