FILEM fantasi fiksyen Alice in Wonderland merupakan antara naskhah popular terbitan syarikat Walt Disney Pictures yang berjaya menduduki carta kedua kutipan tertinggi dunia pada 2010.
Mencatat kutipan pecah panggung dengan jumlah melebihi AS$1 bilion (RM 4.3 bilion) dari serata dunia, ia sekali gus melebihi peruntukan bajet filem tersebut yang menelan kos sebanyak AS$200 juta (RM869 juta).
Bukan sahaja diminati golongan kanak-kanak, malah dewasa turut meminati filem fiksyen tersebut yang banyak memainkan tema muzikal dan komedi dalam naskhah berdurasi sejam 48 minit itu.
BACA LAGI: Kisah kelainan album baharu Fugo, kisah 99 sifat terpuji, bukan sekadar 'vibe' pop indie
BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers
Namun, di sebalik plot penceritaan muzikal dan komedi itu, wujud beberapa teori mengatakan kisah pengembaraan Alice di dunia fantasi itu ada kaitan dengan pengaruh dadah dan halusinasi.
Perkara itu didedahkan dalam sebuah babak di mana Alice memakan beberapa kepingan biskut yang membolehkan saiz badannya membesar mendadak.
Meskipun babak itu hanyalah sekadar fiksyen rekaan semata-mata, namun ia tidak terlepas daripada dakwaan segelintir pihak yang menganggap Alice sebenarnya sedang berhalusinasi selepas diberikan racun dadah oleh si arnab dalam filem tersebut.
Selain itu, babak bersama sebuah cendawan gergasi juga dikatakan turut memainkan sentimen bahan terlarang itu yang mampu mengubah saiz dan mengembalikan ingatan Alice.
Berdasarkan kajian laporan agensi, tiga watak fiksyen dalam filem tersebut didakwa mengetengahkan penyakit mental sebagai salah satu plot utama dalam karya tersebut.
Difahamkan, Alice sentiasa dalam dunia halusinasi dan gangguan personaliti dan si arnab putih pula mengalami gangguan kecelaruan otak yang mengakibatkan dirinya dilanda tekanan dan panik.
Paling mengejutkan, watak kucing Cheshire yang menjadi salah satu tunjang utama dalam filem tersebut, turut dikatakan mengalami kemurungan bipolar dan skizofrenia.
Pun begitu, penulisnya, Lewis Carroll menafikan dakwaan tersebut walaupun beberapa laman portal antarabangsa tegas mengatakan ia ada kaitan dengan isu dadah, seks dan halusinasi melampau.
Merupakan karya adaptasi daripada novel pada 1951, buku tersebut pernah diharamkan di seluruh institusi pengajian dan sekolah awam di Amerika Syarikat (AS) pada 1960. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram