Ibu Puteri Balqis tertekan, hantuk kepala ke dinding, Fazura 'back up, siap 'sound' netizen fitnah ambil bahan terlarang


  • Hiburan
  • Isnin, 28 Okt 2024

Puteri Balqis menerusi hantaran di TikTok menjelaskan status kesihatan ibunya yang kini mengalami tekanan melampau.

PELAKON remaja, Puteri Balqis, 17, tampil meluahkan rasa kecewa susulan dakwaan segelintir pihak yang memfitnah ibunya mengambil bahan terlarang sehingga sanggup mencederakan diri sendiri.

Jelas Puteri Balqis yang mesra dengan panggilan Aqish, ibunya Norashikin Mohd Aziz kini berdepan tekanan teruk akibat kisah hitam melanda dirinya satu ketika dahulu namun, perkara itu tiada kaitan dengan isu dadah seperti yang didakwa warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Sabtu, Puteri berkongsi salah satu komen netizen yang memfitnah ibunya dengan perkara negatif.

BACA LAGI: 'Tiada lagi netizen kacau saya', Jehan Miskin sudah penat jadi artis, hidup tenang sebagai pengarah komersial

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

Tidak berdiam diri, pelakon tersebut tampil mempertahankan hal itu dan mendedahkan keadaan terkini ibunya yang sedang mengalami tekanan melampau.

"Mak aku ada major depression, major anxiety, PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder), disahkan oleh lapan doktor pakar.

"Ini ubat depression dia. Kalau dia telan semua ini semalam, kau nak ganti balik mak aku? Sampai hentak kepala dia dekat dinding, sampai melompat-lompat macam orang gila," katanya.

Menerusi ruangan komen, Aqish turut mendedahkan ibunya kerap mencederakan diri sendiri dan mengalami kesan bengkak serta luka di badan.

"Mak saya tak mampu nak tengok komen, badan dia dah penuh lebam sebab cederakan diri sendiri, kepala dah bengkak lebam teruk dihantuk kat dinding lantai," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon Nur Fazura, 41, menyuarakan sokongan terhadap pelakon remaja tersebut dengan kata-kata positif dan meminta agar orang ramai berhenti melontarkan fitnah kepada ibunya.

Menerusi hantaran InstaStory, Fazura menasihatkan orang ramai agar berfikir panjang sebelum meninggalkan komen tanpa memikirkan perasaan orang lain.

6122844440637850797

Hantaran InstaStory Fazura berhubung perkongsian Puteri Balqis mengenai status kesihatan ibunya.

"Ruginya manusia yang tidak memandang kiri kanan atau hari esok apabila berkata. Hanya tahu sedap mulut dan tangan nak menulis tanpa fikirkan perasaan orang lain dan akibatnya.

"Bagaimana kalau ini terjadi pada diri sendiri pula? Pernah terfikir tak? Jadi gunalah otak, hati dan ilmu. Jangan sedap menghukum sahaja tanpa tahu kebenaran sebenar. Kekal kuat adikku! Percaya pada Allah sentiasa melihat dan mendengar.

"Setiap perbuatan pasti ada balasannya. Semoga yang bersalah sempat minta maaf atas perbuatan fitnah ini dengan ibu Balqis dan anak-anaknya. Jika tidak, jawablah dengan ALLAH," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram